Berita Harian

Puas teroka Tasik Kenyir

-

Melihat beliau terhincut-hincut ketika berjalan suatu ketika dulu, tergerak di hati penulis mengenali lebih dekat dan mengetahui rahsia tekong tersohor Tasik Kenyir, Mohamad Bidin Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bidin.

Penulis agak terkejut apabila Bidin memberitah­u kaki kanannya pernah dibaham toman sebesar tong dram ketika melakukan penebangan balak di dalam air di tasik ini.

Penebangan itu adalah sebahagian daripada kerja untuk pembinaan dan pembanguna­n Tasik Kenyir.

“Akibat peristiwa yang berlaku pada awal 90-an, saya terlantar menerima rawatan hampir enam bulan di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Tukar kerjaya

“Namun, apabila keluar wad dan luka sembuh, saya meneruskan pekerjaan. Bagaimanap­un, dua tahun kemudian dengan wang yang dikumpul saya membeli bot nelayan terpakai dan membaik pulih untuk kegunaan di Tasik Kenyir.

“Maka bermulalah kerjaya saya sebagai tekong bot membawa pengunjung sama ada mahu memancing ataupun bersiar-siar di sekitar Tasik Kenyir,” katanya kepada Joran.

Bidin berkata, selama tiga dekad bekerja di sekitar Tasik Kenyir, dia sudah menjelajah semua pelosok dan beberapa sungai yang berada di tasik ini termasuk yang berada dalam kawasan Taman Negara.

Sungai Petuang,

Sungai Cacing, Sungai Terenggan, Sungai Cicir, Sungai Perpek, Sungai Pertang, Sungai Puah, Sungai Ketiar dan Sungai Pelanduk antara kawasan yang paling diminati untuk dikunjungi pemancing suatu ketika dulu.

Risau dengan permintaan pemancing

Namun, hari ini ada di antaranya sudah menjadi kawasan larangan kerana dijadikan pusat santuari kelah.

“Saya cukup risau apabila ada pemancing memberitah­u mereka datang ke Kenyir kerana ingin ikan. Mahu tidak mahu, saya terpaksa mencari kawasan baharu untuk dicuba.

“Yang penting, pemancing dapat menarik ikan yang dihajati iaitu toman, sebarau, siakap putih dan baung, manakala kelah adalah bonus,” katanya.

Bidin berkata, buat masa ini, beliau memiliki dua unit rumah bot yang masing-masing boleh memuatkan antara 15 hingga 30 penumpang dalam satu-satu masa.

Kedua-dua rumah bot

 ?? [ GAMBAR IHSAN PEMBACA ] ?? Bidin ketika mengendali­kan Bahtera Kenyir 1.
[ GAMBAR IHSAN PEMBACA ] Bidin ketika mengendali­kan Bahtera Kenyir 1.
 ??  ?? Selain mengendali­kan rumah bot, Bidin juga berkeboleh­an membaiki enjin sangkut.
Selain mengendali­kan rumah bot, Bidin juga berkeboleh­an membaiki enjin sangkut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia