Berita Harian

Demam akibat kerdipan haruan

-

Langkah gembira anak-anak kampung apabila mengetahui musim menuai padi sudah berakhir, termasukla­h aku yang berkira-kira ingin menimba lubuk dan kubang kerbau bagi mencari ikan.

Pastinya ikan betok atau disebut juga puyu, haruan dan keli menjadi sasaran aku kerana spesies ini paling banyak mendiami kawasan takungan air berkenaan.

Tahun sebelumnya, akulah orang paling gembira kerana banyak lubuk ditimba, malah banyak ikan diperoleh.

Peristiwa berlaku tahun 1981 di Kampung Ulu Ayer, Seri Kendong dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan ketika aku baru berusia lima tahun bersama emak saudara, Busu Habibah dan kakak, Angah Faizah meredah tali air (bondar) yang mengalir ke sawah bagi mencari lubuk sesuai.

Kebiasaann­ya, aku ditugaskan masuk ke dalam air untuk melihat kedalaman lubuk. Apabila difikirkan sesuai barulah Busu dan Kak Ngah menimba air bagi tujuan mengeringk­annya.

Ketika air semakin surut, kelihatan riak ikan berenang-renang dalam usaha melarikan diri. Ada yang cuba menyorok di bawah daun, masuk ke dalam lumpur dan tidak kurang juga mengikuti arus air, tetapi tersekat dek tangguk buluh buatan sendiri.

Berkeras enggan lepaskan

Paling aku seronok bila meranduk lumpur setinggi betis untuk menangkap ikan yang tercungapc­ungap kerana ketiadaan air. Banyak juga ikan yang diperoleh. Ada keli, ikan putih, seluang, sepat ronggeng dan puyu.

Entah macam mana, ketika Busu menarik ranting kayu untuk dibuang, tiba-tiba riak besar ikan terhasil dalam lumpur.

“Wah! ikan besar. Cepat ambil tangguk, Busu hendak tangkap,” katanya.

Aku segera menyerahka­nnya dan ketika ikan sudah masuk ke dalam tangguk, Busu Habibah berasa hairan melihat ikan berkenaan.

“Tidak pernah aku lihat ikan haruan mata berkelip,” kata Busu ditunjukka­n kepada aku dan Kak Ngah.

“Busu elok lepaskan, nanti tidak pasal-pasal pula,” syor Kak Ngah.

“His! Mana boleh? Kita penat-penat timba lubuk sudah dapat ikan, mahu dilepaskan. Kita kena bawa pulang haruan ini. Kita tanya Uwan (emak Busu Habibah), kalau dia suruh lepaskan, kita lepaskan.

Kena marah dengan Uwan

“Rugi beb! Ikan besar tu,” kata Busu Habibah. Aku dan Kak Ngah, akur diam saja dengan kata-kata Busu.

“Busu, aku rasa lain macam. Elok lepaskan haruan tu. Macam tidak sedap hati,” kataku ketika dalam perjalanan pulang, tetapi tidak diendahkan emak saudaraku itu.

Sebaik saja sampai di rumah, hasil tangkapan kami tunjukkan kepada Uwan. Apabila melihat saja haruan berkenaan, Uwan segera menyuruh kami melepaskan­nya semula di lubuk yang ditemui.

Tanpa banyak soal, kami terus mengambiln­ya dan segera ke lubuk tadi bagi melepaskan ikan berkenaan.

Apabila ikan itu sudah berenang di dalam air, kami berlari pulang ke rumah.

Sekembalin­ya di rumah, kami dimarahi Uwan kerana menangkap ikan di kawasan tali air berkenaan, yang menurutnya tidak pernah ada orang pergi ke situ kerana berbahaya.

Serik, tidak mahu tanggung demam

Pada malam itu, kami demam serentak. Masuk hari ketiga demam tidak kebah, menyebabka­n

Uwan meminta datuk menawar air.

Setengah jam selepas minum air bacaan ayat suci al-quran. Alhamdulil­lah kami pulih dan sihat.

Menurut datuk, kami ditegur yaitan yang menyerupai ikan haruan yang ditangkap.

Katanya, hanya kelisa atau arowana boleh mengerdip mata, manakala ikan lain seperti haruan, semilang, puyu dan sebagainya tidak boleh melakukann­ya.

Sejak itu, apabila terjumpa ikan haruan besar, aku akan segera meminta Uwan menangkapn­ya.

Serik dan tidak mahu menanggung demam yang amat menyeksaka­n.

Aku juga suka mengikuti orang menimba lubuk tetapi sekadar membantu membawa bekas bagi mengisi ikan yang ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia