Berita Harian

Rezeki terpijak di Pulau Ketam

-

Tragedi sangkar milik penternak ikan di sekitar Pulau Ketam terkoyak akibat dirempuh arus deras beberapa bulan lalu, nyata memberi rezeki kepada kaki pancing yang menjadikan kawasan sekitarnya sebagai lokasi tetap mereka.

Pastinya ikan merah, jenahak dan kerapu menjadi sasaran kerana spesies itu tidak lari jauh daripada kawasan penternaka­n kerana sukar mencari makanan.

Sebaliknya, ikan-ikan ini sekadar bermain di bawah sangkar sambil menanti lebihan makanan yang dilemparka­n pengusaha terbabit.

Bagi Kusmin Badar, kunjungann­ya ke Pulau Ketam, baru-baru ini seperti memperoleh ‘rezeki terpijak’ apabila puluhan jenahak pelbagai saiz, yang terbesar seberat lima kilogram (kg) dan seekor pari beting seberat lapan kg berjaya dijinakkan.

“Menariknya, semua ikan itu saya naikkan menggunaka­n kekili spinning Shimano Biomaster C5000 dan joran Abu Conolon PE1-3.

“Joran melentur hingga membentuk huruf C setiap kali ikan besar melekat pada mata kail,” katanya.

Rimas ikan lari di bawah sangkar

Bagaimanap­un, sesuatu yang kurang menyenangk­an apabila setiap strike ikan melarikan diri ke bawah sangkar.

Ini menyebabka­n tali pancing putus kerana bergesel dengan tiang sangkar yang penuh teritip.

“Pancing saya beberapa kali tersangkut pada jaring lama hingga sampai satu tahap sudah bosan memancing di situ.

“Tapi apakan daya, setiap kali baling umpan ada ikan yang sambut, mahu atau tidak terpaksala­h juga meneruskan usaha. Kalau hendak ikan kenalah pantas mengarau tali bagi mengelakka­n ia terputus,” katanya kepada Joran.

Kusmin berkata, dia sempat mengunjung­i tiga kawasan sangkar sehingga memperoleh 15 jenahak antara 700 gram hingga lima kg sebelum berpindah ke pintu muara apabila keadaan air menjadi keruh.

Rentapan terakhir dari pari

Di pintu muara dengan menggunaka­n umpan udang hidup, dia memancing dasar hampir satu jam menunggu tiada ikan besar yang diperoleh, kecuali gelama papan dan semilang. Sesekali ikan pulut atau duri mencuri umpan yang dilabuhkan.

“Ketika hendak berkemas untuk pulang ke jeti, tiba-tiba joran saya dihenjut keras, serentak dengan itu, tali keluar laju daripada gelendung tanpa memberi sedikit ruang untuk berhenti. Melihat cara ia melarikan diri, saya tahu ia adalah pari.

“Selepas bertarung hampir 20 minit, barulah kelibat pari bermain di permukaan air, ketika hendak menggancun­ya, pari berkenaan membuat rentapan air bagi menyelamat­kan diri. Namun, saya sudah bersedia melonggark­an ‘drag’ 35 peratus. Akhirnya pari menyerah kalah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia