Berita Harian

Amanah tonggak kemuliaan

Kejujuran jadi kayu ukur bezakan Yahudi, Muslim

-

Abdullah bin Salam, orang Yahudi yang diamanahka­n kepadanya untuk menyimpan emas sebanyak 1200 uqiyah oleh seorang lelaki dan apabila diminta balik emas itu, dia mengembali­kannya dengan penuh amanah, jujur dan suci hati.

Finhas bin‚ Azura, juga orang Yahudi yang disimpan padanya sedinar oleh seorang Quraisy, apabila diminta balik daripadany­a dia menafikan amanah itu dan enggan memulangka­n wang itu kepada tuannya.

Terdapat kes orang Yahudi yang ada perjanjian ekonomi dan perniagaan dengan orang Arab sebelum Islam, mereka enggan menunaikan perjanjian itu apabila orang Arab itu memeluk Islam dengan alasan perjanjian dibuat sebelum Islam maka setelah Islam perjanjian itu tidak terpakai lagi.

Prinsip yang sudah sebati pada Yahudi ialah mereka tidak boleh diajak berunding dan apabila membuat perjanjian, mereka melanggar serta menolaknya kecuali didesak dengan kuasa atau kekerasan. Kaum Yahudi hanya menjaga kepentinga­n mereka sahaja kerana jauh daripada bimbingan Allah SWT.

Tetapi yang paling anehnya ialah dakwaan mereka bahawa Allah SWT menyuruh mereka memakai kayu ukur yang berbeza antara Yahudi dan bukan Yahudi, padahal mereka tahu dusta itu keji. Allah SWT tidak pernah mengharusk­an mana-mana kelompok mengambil harta kelompok yang lain secara haram dan dusta.

Seperti dijelaskan firman Allah SWT yang bermaksud: (Surah Ali-imran, ayat 75)

Itulah kaum Yahudi pada zaman silam dan begitu jugalah mereka pada setiap generasi. Mereka mengetahui kata-kata mereka adalah dusta semata-mata kerana ajaran Allah SWT yang terdapat pada kitab-nya dan Taurat yang ada di tangan mereka tidak mengandung­i keterangan membenarka­n melakukan khianat.

Perisai kepada salah laku

Orang Yahudi mendakwa mereka itu kekasih Allah SWT, justeru semua makhluk lain adalah hamba kepada mereka. Tiada sesiapa pun yang boleh mengatakan sesuatu sekiranya mengambil harta hamba mereka sendiri.

Mereka tidak menunaikan amanah dengan baik kerana beranggapa­n tidak berdosa dan tidak tercela memakan harta orang lain meskipun secara batil. Yahudi beranggapa­n setiap yang bukan daripada kalangan ‘bangsa pilihan’ atau bukan termasuk pengikut agama mereka, Allah SWT tidak terlalu memberi perhatian.

(Surah an-nisa‘, ayat 58) Rasulullah SAW mempunyai perilaku dan akhlak yang sangat mulia terhadap sesama manusia tanpa membezakan atau memandang seseorang dari status sosial, warna kulit serta suku bangsa. Baginda sentiasa berbuat baik kepada siapa sahaja bahkan kepada orang yang tidak bertindak baik kepadanya.

Baginda SAW tidak pernah melakukan pengkhiana­tan terhadap orang yang memberinya amanah. Baginda tidak pernah menggunaka­n kedudukann­ya sebagai rasul atau pemimpin untuk kepentinga­n peribadi dan keluarga.

Apa yang dilakukan Baginda adalah semata-mata untuk kepentinga­n agama Allah SWT. Oleh itu, umat Islam dianjurkan berpegang teguh dengan kemuliaan sifat amanah hinggakan terhadap orang yang mengkhiana­ti sekalipun.

 ??  ?? Oleh Ahmad Shukri Yusoff
Oleh Ahmad Shukri Yusoff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia