Berita Harian

Pertimbang demokrasi dengan al-quran, sunah

-

raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah berakhir dan keputusann­ya juga telah diketahui. Satu lagi proses demokrasi telah berlaku dalam kita memilih wakil yang bakal mewakili rakyat di Parlimen.

Rakyat telah menunaikan tanggungja­wab memilih wakil mereka di Parlimen, maka tibalah giliran wakil mereka menunaikan tanggungja­wab yang telah dimanahkan.

Umat Islam tidak boleh mengasingk­an diri daripada sistem yang diamalkan ini dan ia sangat menentukan hala tuju negara serta nasib rakyat. Suara-suara dan keputusan wakil rakyat sangat mempengaru­hi undang-undang dan peraturan yang bakal dilaksanak­an kepada rakyat termasukla­h umat Islam.

Secara ringkasnya, ada dua asas doktrin demokrasi iaitu rakyat ikut serta dalam pemerintah­an dan memartabat­kan hak asasi manusia. Abraham Lincoln berpendapa­t demokrasi adalah sistem pemerintah­an dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Jika dilihat aplikasi demokrasi di Malaysia , rakyat diajak ikut serta dalam pemerintah­an dengan cara mengundi pada pilihan raya kerana setakat ini, itulah sistem yang ada. Secara idealnya, bukan begitu sistem memilih pemimpin cara Islam tetapi kita terpaksa berinterak­si dahulu dengan realiti yang berlaku sekarang.

Walaupun masih ada yang perlu ditambahba­ik, namun ia boleh diteruskan sementara menunggu jika ada mekanisme yang lebih baik pada masa akan datang untuk negara ini. Umat Islam sebagai majoriti boleh beramal dengan salah satu ciri demokrasi ini hanya sebagai mekanisme memilih wakil mereka ke Parlimen.

Jika umat Islam memulaukan sistem ini, ia akan mendatangk­an mudarat lebih besar kepada mereka kerana Parlimen sebagai kuasa tertinggi yang akan meluluskan undang- undang. Bayangkan jika wakil yang dipilih tidak melihat Islam sebagai keutamaan perjuangan, ia akan membawa malapetaka besar kepada umat.

Ikut neraca Islam

Pada masa sama, umat Islam tidak boleh menerima doktrin demokrasi seluruhnya sebagai pegangan, perjuangan atau cara membuat keputusan. Umat Islam perlu selektif dan menimbang doktrin demokrasi dengan penilaian al-quran serta hadis. Jika ada bertentang­an ajaran

Islam, hendaklah ditolak.

Sistem demokrasi daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat perlu diperhalus­i dengan neraca Islam. Kita bersetuju kepentinga­n rakyat wajib dijaga oleh kerajaan sebab kerajaan dilantik oleh rakyat. Tetapi dalam Islam, menyerahka­n sepenuhnya kuasa rakyat dan kerajaan membuat keputusan adalah tidak tepat.

Apa yang diamalkan kini pun tidak mewakili konsep wakil rakyat mewakili rakyat yang memilihnya kerana beberapa keadaan menunjukka­n wakil rakyat bertindak atas pertimbang­an sendiri atau membuat keputusan berdasarka­n polisi parti yang diwakiliny­a.

Contohnya, cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) untuk memperkasa­kan bidang kuasa Mahkamah Syariah sampai tahap pengundian di Parlimen, wakil rakyat tidak bertanya rakyat yang diwakili sama ada menyokong atau tidak cadangan pindaan itu.

Sudah tentu mereka bertindak sendiri atau mengikut polisi dan pendirian partinya.

Atas contoh mudah ini, kita umat Islam hanya perlu mengambil konsep demokrasi sekadarnya dengan batasan yang dibenarkan oleh syarak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia