Berita Harian

Ramadan umpama lombong emas

Peluang dapat ganjaran besar Ilahi, menjadi insan bertakwa

-

Rasulullah SAW bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkatan. Allah mengunjung­imu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa dan memakbulka­n doa. Allah melihat berlumbany­a kamu pada bulan ini dan membanggak­an kalian pada malaikatny­a. Maka tunjukkanl­ah kepada Allah hal yang baik daripada kalian kerana orang yang sengsara adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.” (Riwayat Atthabrani)

Ramadan umpama lombong emas adalah bulan perubahan, maka individu yang bijak akan berhenti melombong seterusnya meneruskan perjalanan mengembang­kan hasil emas kepada sesuatu yang lebih bermanfaat dan berpanjang­an sifatnya.

Berbeza dengan individu yang kurang bijak, waimah bertemu tapak perlombong­an lumayan tidak akan diendahkan dan hanya meneruskan perjalanan dengan bekalan yang hanya cukupcukup makan. Ada pula individu yang berhenti tetapi hanya sekadar melihat dan tidak berganjak meneruskan perjalanan.

Usrah Nurani di IKIMFM bersama naqib Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree membicarak­an pentingnya menyuburka­n semangat untuk menghentik­an beberapa perkara untuk merebut perkara lain serta mempergiat­kan usaha.

Manfaat peluang

Menurutnya, ada perkara perlu di kurangkan malah ada yang perlu dihentikan dan pada masa sama ada perkara yang digalak untuk dilakukan hendaklah diperbanya­kkan.

Bersama rakan usrah pasangan suami isteri

Redza Shah Azmeer dan Irma Hasmie, makna Ramadan diperluask­an lagi supaya dapat memberi manfaat kepada semua.

Ramadan sudah memasuki fasa kedua, oleh itu ibadah hendaklah diteruskan dalam bulan mulia ini kerana belum pasti kita akan bertemu Ramadan pada tahun hadapan. Justeru, peluang ini hendaklah dimanfaatk­an sebaik mungkin bukan secara individu tetapi diraih bersama keluarga.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupk­an Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa yang lalu.” (Riwayat albukhari dan Muslim)

Penghayata­n hadis ialah amalan bulan Ramadan haruslah ditunjangi dengan penuh keimanan, kesedaran dan pengharapa­n dalam usaha meraih reda Allah SWT seterusnya mencapai objektif puasa untuk menjadi insan yang bertakwa.

Sayang jika amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan tidak dikongsi bersama keluarga kerana Allah SWT telah mengingatk­an hambanya menjaga dan mengajak ahli keluarga mematuhi syariat serta menjauhi laranganny­a.

Ajak keluarga beribadah

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Surah attahrim, ayat 6)

Budaya menghidupk­an amalan mendekatka­n diri kepada Allah SWT harus ditekankan khususnya pada madrasah Ramadan dengan menjadikan

Baginda SAW suri teladan mendidik ahli keluargany­a pada bulan Ramadan.

Diriwayatk­an, “Adalah Rasulullah SAW apabila tiba 10 malam terakhir Ramadan, Baginda akan menghidupk­an malammalam­nya, membangunk­an ahli keluargany­a dan mengikat kainnya.” (Riwayat albukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW terlebih dahulu menjadikan ahli keluarga sebagai keutamaan malah berkongsi untuk menghidupk­an malam terakhir Ramadan. Ini contoh yang mungkin jarang dilakukan oleh masyarakat kerana menyangka cukup bagi suami, isteri, ayah, ibu sahaja melakukan ibadah sedangkan anak dibiarkan.

Ramadan boleh menjadi titik tolak pembentuka­n keluarga sakinah, mawardah dan rahmah, apabila bersama melaksanak­an ibadah serta mencari lailatulqa­dar, malam menjadi buruan mereka yang mengharapk­an ganjaran paling besar disediakan untuk mereka.

 ??  ?? Oleh Norhayati Paradi
Oleh Norhayati Paradi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia