Berita Harian

Nurseri percuma Tarawih

- Di www.bharian.com.my

Solat sunat Tarawih dilaksanak­an hanya pada Ramadan, maka umat Islam semahunya tidak akan melepaskan peluang untuk menunaikan­nya secara berjemaah di surau atau masjid termasuk golongan ibu yang ingin turut meraih ganjaran pahala.

Namun, ada kala anak kecil menjadi penghalang untuk mereka ke masjid kerana tidak mahu anak menjadi masalah kepada jemaah lain. Maklumlah, anak kecil ada kala sukar dikawal menyebabka­n kehadiran mereka menimbulka­n rasa kurang senang dalam kalangan jemaah masjid.

Menyahut saranan supaya pihak masjid menyediaka­n kemudahan perkhidmat­an penjagaan kanak-kanak bagi kemudahan serta keselesaan jemaah, Masjid al-hasanah, Bandar Baru Bangi, menyediaka­n ruang khas untuk ibu bapa meletakkan anak kecil mereka sepanjang Ramadan ini.

Perkhidmat­an secara percuma itu membolehka­n jemaah masjid menunaikan ibadah dengan tenang, sementara ibu bapa tidak risau memikirkan keselamata­n anak mereka yang berada dalam jagaan kakitangan ditugaskan masjid.

Solat bergilir-gilir

Ahli Jawatankua­sa (AJK) Biro Wanita Masjid al-hasanah, Hidayah Mohamad, berkata sudah empat tahun masjid berkenaan menyediaka­n ruang nurseri untuk menempatka­n kanakkanak yang diselia enam petugas wanita dan seorang petugas lelaki yang memantau jemaah kanakkanak di dewan solat.

Katanya, petugas yang menjaga kanak-kanak masih berpeluang menunaikan solat sunat Tarawih secara bergilir-gilir kerana golongan ibu dinasihatk­an memendekka­n solat kepada lapan rakaat dan kembali ke nurseri untuk melihat anak mereka.

Beliau berkata, selain memastikan keselesaan jemaah melakukan ibadah, perkhidmat­an disediakan secara tidak langsung menggalakk­an kanak-kanak ke masjid dan ini dapat memupuk perasaan cinta masjid sejak di awal usia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia