Berita Harian

Proton Perdana Baharu 2016 meriah

Beri peluang orang ramai lihat secara lebih dekat

-

Dalam usaha mempromosi­kan model serba baharu Proton Perdana, PROTON Holdings Bhd menjalin kerjasama dengan beberapa bank menerusi Konvoi Proton Perdana Baharu 2016 di sekitar ibu negara, minggu lalu.

Antara bank menyertai konvoi berkenaan ialah Kumpulan Ambank dan Bank Rakyat, yang mana pada program itu orang ramai berpeluang melihat secara lebih dekat Proton Perdana.

Di Menara Ambank, majlis bermula dengan ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir yang memandu Perdana Baharu selepas menyusuri kesibukan

Jalan Yap Kwan Seng.

Beliau kemudian merasmikan pelepasan konvoi enam Proton Perdana baharu yang diiringi dua kereta pengiring, bersamasam­a Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Rohime Shafie.

Konvoi berkenaan mengunjung­i beberapa bank utama di pusat bandar Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat kedua-dua varian baharu Proton Perdana iaitu 2.0 dan 2.4 Liter.

Semarakkan pelancaran

Ia bertujuan meneruskan kehangatan pelancaran model sedan segmen D yang dijual pada harga atas jalan termasuk insurans serta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bermula RM113,438 hingga RM138,888.

Di Menara Kembar Bank Rakyat, pelepasan konvoi Proton Perdana baharu disempurna­kan oleh Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal. Yang turut hadir, Pengarah Urusan merangkap Presiden Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak dan Rohime.

Konvoi itu juga bertepatan promosi Kempen Ceria Beraya Bank Rakyat yang bermula pada 30

Mei hingga 31 Julai 2016. Kempen itu menawarkan pelbagai kemudahan perbankan Pembiayaan Kenderaan-i serta produk auto lain dengan tawaran hadiah wang tunai sehingga RM400,000.

Bersempena majlis itu juga, Abdul Aziz turut mengumumka­n penganjura­n program sempena Ramadan, antaranya Karnival Jom Belanja Raya Bank Rakyat yang diadakan di Menara Kembar Bank Rakyat bermula 13 Jun hingga Ahad lalu.

Turut diadakan program Pautan Ramadan Kacau Bubur Lambuk Bank

Rakyat yang mana 5,000 bungkus bubur lambuk diagihkan serentak di sekitar Stesen KL Sentral, Stesen Bank Rakyat-bangsar, Balai Berlepas Domestik Bank Rakyat-skypark, Jalan Rakyat, pekarangan Masjid Bangsar, Balai Polis Bangsar serta kepada semua warga kerja Bank Rakyat.

 ?? [ FOTO GHAZALIKOR­I/ BH ] ??
[ FOTO GHAZALIKOR­I/ BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia