Berita Harian

Persiapan awal

-

Bulan Ramadan semakin menjelang ke penghujung. Pulang beraya di kampung sudah menjadi satu tradisi yang penting setiap tahun. Bagi yang memandu pastikan anda membuat persiapan awal bagi melancarka­n hasrat masing-masing.

Paling utama, pastikan kesihatan pada tahap terbaik untuk memandu jarak jauh. Kereta pula, pastikan sudah hantar ke pusat servis, selain daripada merancang perjalanan dengan sebaik mungkin.

Lebih elok jika anda sudah mula menghantar kenderaan anda untuk di servis kerana pastinya ramai yang akan menghantar kenderaan pada saat akhir. Pastikan keadaan enjin kereta berada pada tahap yang optimum. Antara yang perlu diberi perhatian adalah minyak hitam, kuasa bateri, minyak gear, sistem brek, keadaan angin dan bunga tayar, lampu dan sebagainya.

Tambah nilai Touch n’ Go

Selain itu, sebelum memulakan perjalanan pulang, wajar juga dipastikan Touch n’ Go ditambah nilai, kerana kebanyakan laluan tambah nilai di plaza tol akan sesak pada waktu puncak musim perayaan. Jadi jangan ambil risiko untuk menambah nilai kad anda setelah memasuki lebuh raya. Tambah nilai lebih awal dan secukupnya akan melancarka­n perjalanan anda.

Adalah wajar, jika cermin kereta anda disapu dengan penghalang air hujan atau ‘rain repellent’, bagi untuk penglihata­n yang lebih jelas ketika memandu jika hari hujan.

Pastikan juga minyak anda dalam keadaan penuh meskipun perjalanan ke kampung atau tempat yang hendak dituju hanya mengambil masa kurang daripada dua jam. Ini kerana pada kebiasaann­ya keadaan trafik musim perayaan adalah sesuatu yang sukar dijangka.

Banyakan bersabar

Bawa bekalan makanan kerana lazimnya pada waktu sebegitu, kawasan Rehat dan Rawat (RNR) sentiasa penuh yang menyukarka­n anda untuk berhenti rehat dan menjamu selera.

Dari segi perundanga­n, patuhilah peraturan jalan raya, banyak-banyak sabar kerana anda bukan satu-satunya pemandu yang ingin pulang ke kampung. Bertimbang rasa dengan orang lain, yang penting anda sampai dengan selamat dan dapat menyambut hari raya seperti yang dihasratka­n.

- Kamarulzai­di Kamis

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia