Berita Harian

Street Triple R

-

semakin tinggi kuasanya, namun anda tidak boleh terlalu lama dalam pecutan, gear terpaksa diturunkan semula untuk memasuki selekoh seterusnya ke kiri dan ke kanan.

Dalam keadaan sebegitu, sebarang kesilapan, buruk akibatnya. Namun motosikal ini amat responsif dengan gaya tunggangan. Laluan kira-kira 30 kilometer (km) dengan lebih 48 selekoh pendek Batang Kali - Awana menjadi amat lancar, terasa lembut dibuai dan stabil tanpa kejutan. Ini bukan satu mimpi, ia adalah realiti dan itulah Triumph Street Triple R 2016.

Kelajuan maksimum 220-230km/h

Dilengkapi enjin tiga silinder sebaris 675 cc 12 valve dengan DOHC, memberi anda deruman yang lembut dan amat kurang gegaran berbanding enjin dua silinder V atau L seperti yang ada pada beberapa model jenama lain seangkatan dengannya. Motosikal tunggang uji sumbangan Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar eksklusif motosikal Triumph di Malaysia, turut dilengkapi quick shifter peralatan tambahan yang membolehka­n penukaran gear dibuat dengan lebih mudah dan selesa.

Dalam perjalanan pulang, dari Awana melalui Lebuhraya Karak ke Plaza Tol Gombak, enjin yang menjana sehingga 106 kuasa kuda (hp) dan tork 68 Nm pada 7,850 rpm, berserta berat kering 168 kilogram (dalam kategori ringan) berupaya menghasilk­an kelajuan maksimum antara 220-230 km/j. Walau begitu, motosikal dalam kategori ‘naked’ dengan skrin penghadang angin yang kecil, menyebabka­n tamparan angin amat menyeksaka­n penunggang pada kelajuan lebih 170 km/h. Bagi penulis, kelajuan selesa bagi model ini adalah antara 140-160 km/h.

Memasuki Jalan

Kuching, Kuala Lumpur ke pejabat penulis di Jalan Riong, Bangsar pada waktu kemuncak sekitar jam 5 petang, kesesakan lalu lintas terpaksa ditempuhi. Berdasarka­n pengalaman, kesesakan lalu lintas yang padat dan sendat sentiasa menjadi mimpi ngeri kepada sebaha- gian besar penunggang motosikal berkuasa tinggi. Berat dan lebar motosikal berkuasa tinggi sering menyukarka­n ia mencelah dan amat memenatkan penunggang.

Namun begitu, Triumph Street Triple R mampu mengharung­i dengan bersahaja. Fork Kayaba (KYB) 41 mm terbalik memudahkan kawalan hendel. Brek kliper Nissin di hadapan dan Brembo di belakang, memainkan peranan dengan cemerlang. Badan motosikal yang ramping dan ringan amat membantu mengharung­i lima kilometer kesesakan berkenaan tanpa tekanan.

Model versatil

Bagi penulis, kelebihan paling nyata pada Triumph Street Triple R 2016 berbanding model seangkatan adalah ia antara yang paling mudah dikawal, justeru menjadikan­nya amat versatil. Ia boleh dijadikan motosikal tunggangan harian ke tempat kerja atau sebagai tunggangan hujung minggu dan tentunya, ia juga sesuai untuk penunggang yang baru hendak berjinak dengan motosikal berkuasa tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia