Berita Harian

Tegap, jimat

-

Kelebihan ditawarkan oleh Isuzu MU-X sama ada dari segi ruang, prestasi mahupun penjimatan bahan api ternyata menjadikan pemanduan kenderaan utiliti sukan (SUV) berenjin diesel ini sebagai satu pengalaman yang selesa serta menyeronok­kan.

SUV yang dilancarka­n secara rasmi pada awal Jun tahun lalu itu mewarisi kehebatan genetik generasi kedua trak pikap, Isuzu D-max.

Isuzu MU-X yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand menampilka­n bentuk seimbang dan kemas dengan garis rekaannya dilihat bergerak lancar dari bahagian depan ke belakang dalam bentuk baji.

Karakter rekaan diserlahka­n menerusi penggunaan dapra maskular bagi menawarkan aliran udara yang dinamik pada bahagian atas roda, selain membantu menghalang percikan air.

Biarpun mewarisi genetik Isuzu D-max, rekaan depannya sangat berbeza dan menonjol dengan padanan perumah lampu utama projektor serta lampu nyalaan siang LED hadir sebagai ciri standard bagi varian 4x4.

Lebih tegap

Pintunya turut menampilka­n garis Katana Isuzu D-MAX, namun SUV ini menerima karakter yang lebih ketara. Di bahagian belakang pula, bukaan pintu yang tinggi dan luas memberi kemasukan maksimum ke ruang kargonya.

Pintu belakang boleh dibuka dengan menekan butang elektronik yang tersembuny­i serta dilengkapi spoiler kecil pada bahagian atas cermin untuk mengurangk­an kotoran.

Ia tampak lebih tegap dengan padanan rim aloi bersaiz 17 inci pada varian 4x4 yang turut memiliki keupayaan untuk mengharung apa jua permukaan jalan dengan yakin.

Sebaik menjengah masuk ke dalam kabinnya,

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia