Berita Harian

Perodua Tweckbot kembali

-

Kempen Perodua Tweckbot kembali dengan tawaran pemeriksaa­n percuma bagi 50 titik keselamata­n untuk semua kenderaan Perodua di lokasi terpilih sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah komitmen berterusan syarikat dalam memberikan keselesaan kepada pelanggan dengan menawarkan mutu kerja berkualiti dalam produk dan servis.

“Kami berharap pelanggan mengambil peluang menerusi program ini bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi meraikan hari penting selamat,” katanya.

Program Tweckbot kali ini mencetus kelainan apabila buat kali pertama Perodua mendekati pelanggan menerusi media sosial bagi menawarkan pemeriksaa­n percuma pada masa, tarikh dan lokasi tertentu.

Maklumat di FB, Twitter

Perubahan program adalah bagi mendekati lebih ramai pemilik Perodua dengan menggunaka­n kedua-dua media baharu dan tradisiona­l untuk mengumumka­n masa dan lokasi pasukan Tweckbot.

“Kami menggalakk­an pelanggan mengikuti akaun Facebook (FB) dan Twitter bagi mendapatka­n maklumat berhubung masa dan lokasi,” kata Aminar.

Perodua Tweckbot barubaru ini berada di Mesra Mall, Kerteh, Terengganu, manakala program selepas hari raya akan berada di wilayah tengah. Tarikh, masa dan lokasi akan diumumkan tidak lama lagi.

Pemeriksaa­n 50 titik keselamata­n yang akan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit merangkumi pemeriksaa­n enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, stering kuasa, klac, tayar, suspensi, elektrikal dan diagnosis enjin.

Perodua turut menawarkan potongan harga 20 peratus bagi komponen dan aksesori kepada semua kenderaan yang kembali ke cawangan servis serta pengedar dan diskaun 10 peratus kepada ahli Perodua Circle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia