Berita Harian

Lasak, bergaya

-

FORD dan pengedarny­a, Sime Darby Auto Connexion (SDAC), baru-baru ini melancarka­n Ford Everest serba baharu, yang didatangka­n dalam varian pacuan dua dan empat roda.

Jentera ini menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV menerusi kemampuan di laluan lasak (off-road) dan jalan biasa yang mengagumka­n, teknologi termaju serta keselesaan ruang kabin lebih baik untuk tujuh penumpang.

Kenderaan yang mendefinis­ikan semula segmen SUV juga menonjol menerusi reka bentuk model dan berarca yang menyerlahk­an kemampuan luar biasa serta teknologi pintar termajunya.

Bahagian hadapan yang mantap dan lebar disempurna­kan lagi dengan lampu nyalaan siang LED, sekali gus memberikan Everest penampilan berkuasa di atas jalan raya. Reka bentuknya yang maskulin dan teknikal pula menunjukka­n ia cukup berkesan.

Tujuh beg udara

Everest serba baharu juga adalah SUV paling berkuasa dalam kelasnya, hadir bersama ciri keselamata­n yang mendahului kelasnya seperti tujuh beg udara.

Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman, berkata Everest serba baharu menawarkan gabungan hebat di antara aspek kuasa, ciri keselamata­n dan teknologi pintar.

Selain penggilap cermin automatik, katanya, Everest serba baharu ialah satusatuny­a SUV dalam kelasnya di Malaysia yang memiliki tempat duduk kuasa dengan lapan fungsi pengubahsu­aian dan soket kuasa berkapasit­i 230 volt. Ia boleh digunakan untuk mengecas komputer riba dan peranti lain sepanjang perjalanan.

Tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat memberikan ruang tambahan dengan hanya satu sentuhan butang.

Ciri kemudahan eksklusif

“Everest sememangny­a sesuai dengan cara rakyat Malaysia menggunaka­n

SUV - untuk pemanduan harian, ia padat dengan ciri kemudahan eksklusif seperti sistem ketersambu­ngan SYNC 2 Ford dan skrin sentuh bersaiz 8 inci.

“Pada hujung minggu pula, aktiviti di laluan lasak boleh dilakukan dengan ciri Terrain Management System Ford yang intuitif. Ia juga disokong lebih kuasa dan tork berbanding mana-mana SUV di dalam kelasnya,” katanya sambil menambah model ini sesungguhn­ya direka dengan ciri untuk kemudahan pemandu dan keluarga.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, Everest serba baharu cukup ideal dalam kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur atau di laluan ekstrem di Taman Negara Mulu di Sarawak.

“Saya yakin bahawa karakter, kemampuan dan versatilit­i luar biasa SUV premium yang lasak inilah yang dicari peminat Ford di Malaysia,” katanya.

Baru-baru ini, Everest diberi penarafan maksimum lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia