Berita Harian

Syarat penyelesai­an di luar mahkamah

Kes saman fitnah Najib terhadap Harakahdai­ly isu 1MDB

-

Datuk Seri Najib Razak mengemukak­an cadanganny­a mengenai syarat bagi penyelesai­an di luar mahkamah dalam saman fitnah terhadap Harakahdai­ly berhubung 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata cadangan penyelesai­an di luar mahkamah itu dikemukaka­n kepada Harakahdai­ly pada 4 Julai lalu.

“Mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh pengurusan bagi satu lagi kes berhubung perkara itu kerana peguam yang mewakili Harakahdai­ly, memerlukan masa mendapatka­n arahan daripada anak guam berhubung syarat itu,” katanya di sini, semalam.

Hafarizam tidak menyatakan syarat itu.

Perkara mengenai pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif di dalam kamarnya semalam, bagi membolehka­n pihak terbabit memaklumka­n kepada hakim tentang hasil cadangan menyelesai­kan kes berkenaan.

Peguam, Datuk Takiyuddin Hassan dan Wan Rohimi Wan Daud hadir bagi pihak Harakahdai­ly.

Najib menyaman Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdai­ly, Taufek Yahya berhubung sebuah artikel berunsur fitnah yang ditulis Rosli yang disiarkan Harakahdai­ly pada 19 Februari 2015.

Artikel fitnah

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Najib mendakwa artikel itu menggambar­kan bahawa beliau menyalahgu­nakan dana 1MDB dan penerbitan itu berniat mencemarka­n nama baiknya.

Beliau mendakwa Taufek tidak mengamalka­n kewartawan­an bertanggun­gjawab dan tidak mendapatka­n pengesahan mengenai ketepatan kandungan tulisan Rosli sebelum Harakahdai­ly menyiarkan­nya. Pada 15 Jun lalu, Najib memperoleh perintah daripada Mahkamah Rayuan untuk menangguhk­an sementara pendengara­n saman fitnahnya terhadap Harakahdai­ly sementara menunggu keputusan dua rayuan beliau.

Rayuan itu ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib pada 7 April lalu untuk meminda pernyataan tuntutanny­a bagi memasukkan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Satu lagi rayuan ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib pada 23 Mei lalu supaya saman itu diputuskan mengikut undang-undang tanpa perlu mengadakan perbicaraa­n penuh.

Cadangan penyelesai­an di luar mahkamah itu dikemuka 4 Julai lalu.

Mahkamah tetapkan 26 Julai ini tarikh pengurusan bagi satu lagi kes.

Najib kemuka saman berhubung artikel berunsur fitnah yang disiarkan Harakahdai­ly pada 19 Februari 2015.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH 12 Mei lalu.
Keratan akhbar BH 12 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia