Berita Harian

SKMM tunggu pengesahan KDN, sedia bertindak

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunggu pengesahan daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) berhubung penyebaran akhbar berbahasa Melayu terbitan kumpulan militan IS.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, memberitah­u BH, sebaik menerima laporan itu, SKMM akan bertindak termasuk kemungkina­n menyekat akses kepada bahan berkenaan.

Beliau berkata, maklumat sedemikian boleh menggugat keselamata­n negara dan orang ramai dinasihatk­an tidak membacanya atau menyebarka­nnya kerana ia salah di segi undang-undang.

Pantau Al Fatihin

“Setakat ini SKMM tidak memperoleh maklumat sepenuhnya daripada semua pihak termasuk KDN mengenai Al Fatihin namun kita sedang memantau.

“Kita akan meneliti setiap laporan diterima dan akan menyekat penularan akhbar terbabit.

“Apa sahaja bahan yang mampu menggugat ketenteram­an awam walaupun di alam maya adalah salah seperti mana di alam nyata dan mereka yang menyebar boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi BH.

Jailani menasihati orang ramai menilai bahan bacaan yang diperoleh untuk mengelakka­n mereka terpengaru­h.

Elak baca Al Fatihin

“Akhbar dan bahan bacaan tertakluk mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan akhbar yang tidak ditauliah seperti Al Fatihin harus dielak, lebih-lebih terdapat dakwaan cubaan mempengaru­hi secara halus,” katanya.

Sejak jam 6.30 petang semalam, laman Twitter Al Fatihin dikesan masih beroperasi manakala akhbar di dalam format e-book atau PDF masih boleh diakses.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia