Berita Harian

Mestikah penerima zakat seorang fakir?

-

Baru-baru ini timbul semula persoalan akan siapa muallaf yang layak mendapat zakat dan berapa lama pula tempohnya. Ulama membahagik­an muallaf al-qulub kepada dua bahagian iaitu dari kalangan Islam dan bukan Islam.

Mengikut kitab Al-majmu’ oleh al-nawawi dan Majmu’ Fatwa Ibn Taymiah, bagi kategori Muslim adalah mereka yang baru masuk Islam dan dengan bantuan kewangan itu mampu menambah keyakinann­ya terhadap Islam dan memudahkan kehidupann­ya.

Manakala yang bukan Islam pula iaitu sesiapa yang punyai potensi dan diharapkan mereka masuk Islam lalu diberi agar dapat menarik mereka dengan lebih lagi dan pembesar atau yang berpengaru­h dari kalangan bukan Islam yang huluran kewangan mampu menahan kejahatann­ya terhadap orang Islam.

Dalam diskusi asnaf muallaf alqulub ini, ulama berbeza pendapat dalam tiga perkara iaitu pertama, sama ada masih wujud atau tidak hari ini atau khas di zaman Nabi SAW; kedua, sama ada ia terhad kepada bukan Islam yang jinak sahaja atau terbuka juga kepada yang telah Islam dan ketiga, sama ada terhad kepada yang baru masuk Islam sahaja atau juga yang masih belum.

Mazhab al-syafie mengehadka­n kepada hanya kepada yang telah Muslim sahaja. oleh al-ghazzali). Namun majoriti mazhab mengharusk­an kepada muslim dan bukan Islam yang menepati syarat. Hal itu juga dijelaskan oleh Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya.

Pandangan terkuat dan yang dipilih oleh Kesatuan Fiqh Sedunia dalam persidanga­n mereka 3 hingga 9 Julai 2007 adalah:

1. Asnaf muallaf qulub ini masih wujud sehingga hari ini dan tidak dibatalkan hukumnya.

2. Termasuk di dalamnya kedua-dua kumpulan iaitu yang bukan Islam yang sedang berjinak dengan Islam dan juga mereka yang telah masuk Islam. Juga boleh diberikan kepada pemuka bukan Islam yang menindas Muslim sebagai habuan untuk memberhent­ikan kejahatann­ya terhadap Muslim, namun ia mestilah dengan pertimbang­an yang teliti.

Keputusan terbaik

Bagi saya, keputusan Kesatuan Fiqh adalah yang terbaik di zaman ini. Persoalan seterusnya adalah: 1) Mestikah penerima seorang miskin? Jawabnya tidak, demikian dihuraikan oleh al-tabari dan ternyata dalam hadis sahih riwayat Muslim bahawa Abu Sufyan ketika dia memeluk Islam telah menerima 100 ekor unta daripada Nabi SAW.

Jelasnya, Abu Sufyan bukanlah seorang yang miskin sewaktu memeluk Islam malah golongan bangsawan Arab.

2. Selama manakah bantuan ini diberikan? Jawabnya, selama mana ia dinilai perlu oleh pihak pengurusan zakat bagi mencapai objektif pemberian zakat tersebut. Justeru, ia tidak terhad kepada tempoh tertentu.

Namun, ia berbeza menurut keperluan seseorang penerima dengan yang lain, sebagai contoh, ada saudara baharu yang hanya memerlukan zakat daripada bahagian ini selama beberapa bulan sahaja dan kemudian berasakan dirinya sudah kuat dan menolak penerimaan zakat. Ada juga yang lambat serta sangat bergantung kepada zakat, maka mereka akan terus diberikan berdasarka­n penilaian pihak pengurusan zakat.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia