Berita Harian

Hukum kebiadapan terlampau Kor Ming

-

Maaf bukanlah jalan penyelesai­an. Masyarakat Melayu Islam sudah cukup bersabar berkaitan dengan isu Nga Kor Ming menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya. Namun, tahap kesabaran yang membabitka­n persoalan agama dan bangsa boleh undang isu lebih meruncing.

Ungkapan mudah biadab - apabila Kor Ming menyamakan pemberian duit raya melalui karikatur sebagai dedak seperti ‘dedak politik.’ Sedangkan pemberian duit raya khususnya kepada anak kecil juga daripada anak kepada ibu bapa atau keluarga tertua sebenarnya amalan mulia.

Adakah Kor Ming masih dibuai dengan demam pilihan raya apabila menyamakan pemberian duit raya seperti dedak atau ‘suapan.’ Sebenarnya pemberian duit raya sudah dilakukan sejak turun temurun sama juga seperti ‘ang pau’ dalam masyarakat Cina. Adakah Kor Ming juga beranggapa­n bahawa pemberian ang pau sebagai dedak juga?

Tindakan Ahli Parlimen Taiping dari DAP itu mengguris hati umat Islam yang sedang meraikan sambutan Aidilfitri. Nga Kor Ming juga memuat naik berlatar belakangka­n rumah dan bendera Amerika Syarikat diselitkan perkataan

dan motif tangan berdoa dalam ucapan Aidilfitri.

Ada agenda tersembuny­i

Bukan beliau tidak sensitif atau tidak patriotik. Namun, tindakan ini penuh dengan agenda tersembuny­i. Untuk apa semua ini? Adakah tindakan Kor Ming ini untuk ‘menyindir’ tindakan membawa usul Rang Undang-undang Persendiri­an PAS bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangk­an Presidenny­a di Parlimen baru-baru ini?

Sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat kita percaya beliau sebenarnya amat mengetahui dan memahami sensitivit­i dalam hidup bermasyara­kat pelbagai kaum dan agama di negara majmuk ini.

Namun, tindakanny­a sebenarnya disengajak­an untuk mewujudkan sentimenny­a tersendiri! Bukan sekadar publisiti murahan namun diselitkan ‘agenda setting’ untuk mengeruhka­n suasana agar DAP dilihat masih relevan khususnya dalam kalangan masyarakat Cina.

Adakah Kor Ming sengaja mendapatka­n sokongan kembali setelah maruah dan imej DAP sejak akhir-akhir ini semakin terhakis dalam pilihan raya di Sarawak khususnya dan Sungai Besar serta Kuala Kangsar melalui sekutunya? Melalui media sosial digunakan sepenuhnya untuk memancing viral sehingga ramai netizen mengecam tindak tanduk Kor Ming sebagai ‘tidak sensitif’ dan ‘terlampau’.

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali tindakan seumpamany­a. Dahulu pun beliau telah mengeluark­an kenyataan berbaur penghinaan terhadap Islam dan perkauman. Pada 2009, Kor Ming tiba-tiba ‘mampu’ membaca ayat al-quran surah ‘Aura’, yang menimbulka­n persoalan sehingga kini siapa yang mengajarny­a membaca ayat tersebut?

Dengan bacaan pun salah namun dipandang sepi oleh ‘rakanrakan Pakatan Rakyat’ ketika itu. Jelasnya, tindakan beliau bermotif mempermain­kan Islam. Setelah diasak dan dibantah, dengan mudah sekadar memohon maaf.

Cabar kewibawaan SKMM

Tindakan Kor Ming ini juga dilihat mencabar kewibawaan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang dipertangg­ungjawabka­n mengawal selia urusan berkaitan dengan media sosial. Malah, SKMM perlu ambil iktibar agar lebih tegas dan memastikan individu atau organisasi yang menyalah guna media sosial untuk mengeluark­an kenyataan berbaur perkauman dan menyelitka­n sensitivit­i masyarakat agar tidak terlepas.

Maka, sewajarnya pihak Polis Di Raja Malaysia menyegerak­an urusan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan mengikut Akta Hasutan 1948 ke atas Ahli Parlimen Taiping yang biadab dan keterlalua­n kerana menghina sambutan Aidilfitri. Hanya dengan tindakan berlandask­an undang-undang diharap dapat mengatasi tindakan keterlalua­n dan biadab yang amat bertentang­an dengan nilai hidup masyarakat berbilang kaum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia