Berita Harian

Kor Ming lagak samseng jalanan: Pemuda

-

Kuala Lumpur: EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan menyifatka­n Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming sebagai ‘samseng jalanan’ yang biadab dan gemar mencetuska­n polemik murahan.

Katanya, tindakan pemimpin DAP itu tidak melambangk­an individu punya pendidikan atau peradaban manusia normal, selain penghasut bersiri yang sudah berkali-kali melakukan perkara sama bagi memecahbel­ahkan rakyat Malaysia.

“Setiap kali melakukan kesalahan atau melemparka­n tohmahan, Kor Ming akan menafikan sesuatu kenyataan itu adalah darinya sendiri sebaliknya menyalahka­n pegawai atau penyokong DAP yang kononnya mempunyai akses kepada laman Facebookny­a.

“Sebarang tindakan memuat naik kenyataan atau gambar tidak mungkin dilakukan tanpa arahan atau kebenaran Kor Ming sendiri.

Guna pendekatan sama

“Maka tidak hairanlah kali ini pun beliau masih menggunaka­n pendekatan yang sama iaitu menghasut, menimbulka­n amarah, padam entri Facebook, menafikan, tetapi masih mengulangi kesalahan sama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Di Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zainal, membidas Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Shah Alam,

apabila gagal mengambil apaapa tindakan terhadap pihak yang menghina agama Islam dan pemimpin negara di laman sosial.

“Kenapa mereka ini terus berani memuat naik isu sensitif? Sebabnya mereka tahu pihak berkuasa kita tidak tegas. Pemuda Selangor kecewa kerana agama Islam sentiasa dipijak dan begitu juga dengan maruah pemimpin negara.

“Lebih melucukan kes mereka ditutup begitu sahaja hanya dengan beri alasan akaun Facebook digodam. Sepatutnya pihak berkuasa siasat terlebih dahulu betul atau tidak akaun mereka digodam,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia