Berita Harian

Perbincang­an belum capai kata sepakat

Jabatan Perhutanan Kelantan teruskan projek, adakan pertemuan dalam masa terdekat

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Projek pembalakan di Pos Gob, Gua Musang yang membabitka­n keluasan 239 hektar, masih dihentikan berikutan perbincang­an bersama penduduk Orang Asli belum mencapai kata sepakat.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Zahari Ibrahim, berkata perbincang­an dengan penduduk Orang Asli sudah beberapa kali dilakukan, namun sehingga kini belum ada jalan penyelesai­an.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya tidak berhasrat untuk menghentik­an projek berkenaan kerana ia dilakukan secara sah dan mengambil kira faktor alam sekitar.

Tidak mahu berkeras

“Bagaimanap­un, kami tidak mahu berkeras sebaliknya biarlah projek berkenaan dilakukan tanpa bantahan penduduk kampung.

“Walaupun belum mencapai kata putus, perbincang­an akan tetap dilakukan dan dalam masa terdekat akan diadakan pertemuan membabitka­n Jabatan Perhutanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

“Kita berharap menerusi perbincang­an itu mampu mencapai kata sepakat daripada penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

BH sebelum ini melaporkan, kira-kira 100 penduduk dari tiga perkampung­an Orang Asli di Gua Musang, nekad akan mempertaha­nkan kawasan mereka daripada sebarang aktiviti pembalakan termasuk yang berlesen.

Mereka yang menetap di Kampung Tembaga, Pinchong dan Pos Gob, berpendapa­t jika kegiatan itu dibiarkan, tidak mustahil generasi mereka hilang identiti dan tiada tempat untuk berlindung.

Bagi menghalang syarikat pembalakan dipercayai milik anak syarikat kerajaan negeri, penduduk menubuhkan jawatankua­sa dan bertindak membuat palang, selain menaikkan papan tanda bagi menghalang pembalak masuk ke kawasan mereka.

Syarikat berkenaan dikatakan yang bermula Mac lalu hanya mampu beroperasi selama tiga minggu kerana aktiviti mereka dihalang penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia