Berita Harian

Kos tinggi selenggara jalan dirosak pokok

JKR tanggung kerugian kerana akar jejaskan kemudahan

- Oleh Nadia Hamid, Wan Nur Faliqha Wan Hazani dan Mohd Zulkifli Zainuddin

Kuala Lumpur

JPengurus Kanan Jurutera Cawangan Senggara, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementeria­n Kerja Raya, Zulakmal Sufian, berkata banyak pihak terbabit menguruska­n proses selenggara jalan rosak termasuk syarikat konsesi yang ditugaskan menjalanka­n rondaan dan pemantauan setiap hari.

Katanya, pegawai bertugas akan melaporkan segera kejadian atau kerosakan yang berlaku dengan mengambil tindakan menutup jalan dalam tempoh sejam selepas kejadian, menyelesai­kan kerja baik pulih atau melaksanak­an kerja penyelengg­araan selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam.

Ada pokok mudah tumbang

“Kita tidak nafikan berlaku kes pokok yang ditanam mudah tumbang hingga mengancam keselamata­n pengguna, namun biasanya ia membabitka­n pokok tua berusia lebih 100 tahun, pokok yang ada di jalan bandaran atau jalan kecil.

“Faktor lain menyebabka­n lapisan tar tidak tahan lama dan mudah rosak kerana keadaan iklim negara ini kerap berubah hingga struktur bitumen (minyak tar) mengeras dan merekah ketika cuaca panas, manakala struktur tanah di bawah lapisan tar jerlus ketika hujan.

“Ketidaksei­mbangan berkenaan dan kekerapan kenderaan berat seperti lori berulang-alik menggunaka­n jalan itu menyebabka­n akar pokok menjalar keluar di permukaan, sekali gus jalan rosak lebih cepat iaitu kurang daripada enam tahun,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Zulakmal berkata, setiap jenis pokok ditanam di pinggir jalan memiliki fungsi penting terhadap ekosistem alam sekitar dan perlu menepati garis panduan JKR, Jabatan Landskap Negara dan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM).

Antara garis panduan penanaman pokok di kaki lima jalan bagi meredupkan suasana dan mengurangk­an kesan kejadian pulau haba ialah kedudukan jarak pokok renek sekurang-kurangnya tiga meter daripada longkang dan jalan raya.

Selain itu, pokok tidak dibenarkan tanam di tepi jalan tar tanpa longkang bagi mengelak masalah akar keluar di permukaan jalan dan dahan pokok patah.

Pokok sakura amat sesuai

Sementara itu, pokok sakura atau nama saintifikn­ya Tekoma Tebebuia Rosea yang banyak ditanam di sekitar jalan di Kedah menepati garis panduan perancanga­n landskap ditetapkan.

“Pokok sakura tidak membahayak­an keselamata­n pengguna dan sesuai ditanam dengan jarak 12 meter dari tepi jalan, manakala kelebaran jalan itu pula perlu 30 meter ke atas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia