Berita Harian

DBKL tebang pokok tidak sesuai

-

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dalam proses menebang beberapa spesies pokok di sekitar ibu kota kerana ia didapati tidak lagi sesuai untuk terus hidup.

Ketika ini, pihak berkuasa tempatan itu menumpukan penebangan pokok angsana dan khaya di sekitar Jalan Loke Yew.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata pokok angsana mempunyai dahan yang kecil dan mudah patah jika dilanda ribut.

“Sementara pokok khaya pula terlalu besar dan boleh menjejaska­n landskap jalan,” katanya yang dihubungi BH, bagi mengulas pendapat orang ramai mengenai penyelengg­araan pokok di sekitar bandar berikutan banyak pokok tumbang ketika ribut.

Mohd Amin berkata, pokok yang ditebang akan diganti dengan yang baharu supaya terus memberi perlindung­an daripada hujan, angin dan silauan matahari, pencemaran alam sekitar seperti bunyi bising, pencemaran udara, hakisan tanah, pencemaran habuk dan menghadang pemandanga­n tidak menarik.

Lantik 16 kontraktor

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata, DBKL melantik 16 kontraktor landskap yang mendapat nasihat arboris (pakar rawatan pokok) berhubung spesies pokok yang sesuai ditanam di kawasan bandar.

“Arboris akan memeriksa pokok yang didapati tidak sihat, tua dan rosak sebelum diarah untuk tebang,” katanya.

Beliau berkata, kontraktor landskap yang dilantik itu juga akan memastikan lokasi pokok yang sesuai ditanam berdasarka­n spesies supaya tidak membahayak­an orang ramai terutama di jalan utama.

Katanya, sebanyak 100,000 pokok terdapat di jalan utama di sekitar Kuala Lumpur, tidak termasuk tempat awam.

“Aboris akan melakukan pemeriksaa­n dan penyelengg­araan bagi memastikan cara penjagaan pokok berkenaan betul. Pokok yang biasanya ditanam dan sesuai adalah daripada spesies merawan siput jantan kerana mempunyai dahan yang sederhana dan kuat,” katanya.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? DBKL akan menggantik­an pokok yang tidak sesuai dan sudah tua kerana boleh mengancam nyawa dan harta benda.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] DBKL akan menggantik­an pokok yang tidak sesuai dan sudah tua kerana boleh mengancam nyawa dan harta benda.
 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ??
[FOTO GHAZALI KORI/BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia