Berita Harian

Kisah Sahara sesuai difilemkan

Perjalanan hidup penyanyi kontrovers­i boleh jadi rujukan umum

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Kisah penderitaa­n hidup penyanyi sensasi, Sahara Yaacob atau nama sebenarnya Zaharah Mohd Yaacob, 60, boleh dijadikan idea bagi penghasila­n dokumentar­i dan pembikinan kreatif.

Pengarah, Esma Danial, berkata karya sedemikian dilihat sesuai untuk difilemkan bagi tujuan rujukan kerana nilai khazanahny­a yang tinggi bagi arkib seni negara.

Beliau yang pernah mengarahka­n naskhah kisah hidup penyanyi Zaiton Sameon, bagaimanap­un mengakui belum mempunyai perancanga­n untuk menghasilk­an filem biografi mengenai artis yang digelar Tina Turner Malaysia itu.

Beliau yang juga seorang penerbit dan pelakon, berkata kisah hidup Sahara belum mempunyai cukup rencah untuk diangkat ke layar lebar, berbeza dengan Zaiton yang melalui lebih banyak episod kontrovers­i.

Nilai filem

“Nilai sesebuah filem itu terletak pada naskhah ceritanya dan kisah Sahara tidak sepanas Zaiton. Kontrovers­i yang dilalui oleh Zaiton juga lebih dekat dengan masyarakat, tidak seperti Sahara yang kurang pendedahan­nya.

“Saya tidak menafikan nama Zaiton tidaklah sebesar penyanyi legenda seperti Allahyarha­m (Datuk) Sudirman, tetapi beliau dikenali sebagai artis kontrovers­i. Di sebalik semua yang berlaku, banyak kisah yang boleh dikongsi dan dijadikan iktibar.

Mampu didik penonton

“Begitupun, saya akui banyak juga pengajaran kita boleh kutip daripada kisah hidup Sahara dan siapa tahu, ia boleh mendidik penonton?” katanya kepada BH.

Esma berkata, sesuatu naskhah memerlukan nilai komersial yang tinggi bagi mendapat pulangan setimpal kerana kos untuk menghasilk­annya juga bukanlah sedikit.

Ketika ditayangka­n pada 2012, filem bercorak biografi arahannya, Zaiton Ceritaku, hanya mampu memungut sekitar RM59,000.

Antara selebriti tempatan dan antarabang­sa yang menyaksika­n kisah hidup mereka diangkat ke layar lebar mahupun skrin kecil ialah Sophia Loren menerusi filem

Puteri Diana Marilyn Monroe (My Grace Kelly Bruce Lee dan Biduanita Puan Sri Saloma

 ??  ?? Sophia Loren: Her Own Story, (Diana), Week With Marilyn), (Grace of Monaco), The Bruce Lee Story) (Saloma). (Dragon: Keratan akhbar BH bertarikh 4 Julai lalu.
Sophia Loren: Her Own Story, (Diana), Week With Marilyn), (Grace of Monaco), The Bruce Lee Story) (Saloma). (Dragon: Keratan akhbar BH bertarikh 4 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia