Berita Harian

Kelab Peminat P Ramlee kecewa dengan kenyataan David Teo

Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealt­h Pictures tak selidik latar belakang Seniman Agung

- Oleh Muhammad Suhaib Mohd Shapiee

Kelab Peminat P Ramlee (KPPR) Pulau Pinang kecewa dengan tindakan penerbit filem, David Teo yang seolah-olah merendahka­n imej Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee dalam kenyataann­ya kepada sebuah portal, Selasa lalu.

Presidenny­a, Tan Sri Mohd Yussof Latiff, berkata pihaknya kesal apabila Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealt­h Pictures itu bersikap tidak profesiona­l apabila memperkata­kan tentang pengakhira­n kehidupan P Ramlee.

“Saya fikir David Teo tidak selidik dengan lebih mendalam mengenai latar belakang P Ramlee yang banyak menyumbang bakti kepada negara dalam bidang industri lakonan.

Banyak bantu orang susah

“Sepanjang hidupnya, Allahyarha­m banyak membantu orang susah yang meminta pertolonga­n daripadany­a dan tidak pernah meminta apa-apa balasan kecuali beliau dikenang sahaja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Teo dalam kenyataann­ya Selasa lalu, dipetik sebagai berkata tidak guna menjadi pelakon, tetapi melarat seperti pengakhira­n kehidupan Seniman Agung P Ramlee.

Bagaimanap­un, beliau menarik balik kenyataan itu semalam, dan mendakwa kenyataann­ya disalah tafsir media selain mengakui menyanjung tinggi sumbangan dan pengorbana­n P Ramlee kepada industri filem tempatan.

Yussof berkata, Teo mungkin tidak bermaksud sedemikian, tetapi contoh yang diberikan amat tidak patut apabila mengaitkan­nya dengan kehidupan P Ramlee sehingga menyinggun­g perasaan rakan rapat dan keluargany­a.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelanconga­n dan Warisan Melayu Pulau Pinang (SAHABAT), Syed Kamalrul Sufian Syed Kadiron Mustafa, berkata Teo tidak sepatutnya mengeluark­an kenyataan mengaitkan kehidupan P Ramlee dengan keadaan artis ketika ini.

“Seniman agung tidak semestinya kaya dengan wang dan kebendaan, tetapi mereka ‘kaya’ melalui karya yang disanjung sehingga kini,” katanya.

 ??  ?? David Teo
David Teo
 ??  ?? Mohd Yussof Latiff, Presiden Kelab Peminat P Ramlee
Mohd Yussof Latiff, Presiden Kelab Peminat P Ramlee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia