Berita Harian

Kakitangan JPJ disyaki subahat kes samun RM750,000

-

Kuala Lumpur: Polis percaya ada kakitangan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bersekongk­ol dengan penjenayah dalam kes samun wang tunai lebih RM750,000 di JPJ Kuala Lumpur di Jalan Genting Klang di sini, minggu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Hanafiah Arshad, berkata pihaknya percaya suspek memperoleh maklumat daripada ‘orang dalam’ sebelum memecah masuk pejabat berkenaan.

Katanya, maklumat mengenai keadaan dan masa yang sesuai jika suspek ingin melakukan jenayah samun bagi mengelak diketahui kakitangan JPJ.

“Suspek mengetahui pintu belakang yang tidak berkunci, pada masa sama mereka juga tahu tugasan pengiraan wang hasil kutipan JPJ Kuala Lumpur turut dijalankan pada waktu itu.

“Mereka (suspek) juga masuk ke dalam pejabat sebelum waktu kakitangan syarikat keselamata­n yang ditugaskan mengutip wang kutipan tiba,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Dalam kejadian pada jam 5 petang pada 4 Julai lalu, dua lelaki bertopi keledar dan bersenjata­kan sebilah parang melarikan wang tunai lebih RM750,000 dan empat keping cek bernilai RM444,003.

Masuk ikut pintu belakang

Mereka dikatakan masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci di tingkat bawah bangunan, sebelum meluru ke arah seorang anggota wanita Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang duduk di hadapan pintu pejabat Unit Akaun dan Hasil di pejabat Bahagian Hasil yang disamun, dan merampas telefon bimbitnya.

Ketika kejadian, dua pegawai awam sedang menjalanka­n proses pengiraan wang pendapatan harian hasil urusan jabatan itu dalam pejabat berkenaan.

Mohd Hanafiah berkata, pihaknya sudah merakam percakapan daripada lima kakitangan JPJ dan seorang anggota RELA yang bertugas mengawal pejabat berkenaan.

Beliau tidak menolak kemungkina­n akan mengesan dalang utama kes itu dalam masa terdekat, sekali gus memudahkan untuk mengenal pasti suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia