Berita Harian

Dua bekas pengarah Protasco didakwa lagi

-

Ampang: Dua bekas pengarah Syarikat Protasco Bhd sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini, semalam, atas tuduhan gagal mengisytih­arkan kepentinga­n dalam syarikat PT Anglo Slavic Utama kepada ahli lembaga pengarah berhubung cadangan pelaburan perniagaan minyak dan gas di Indonesia.

Ahli perniagaan, Datuk Tey Por Yee, 40, dan Datuk Ooi Kock Aun, 49, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Por Yee dan Kock Aun didakwa gagal mengisytih­arkan kepentinga­n dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat Protasco bahawa mereka mempunyai kaitan terus dengan sebuah syarikat yang diperbadan­kan di Indonesia iaitu PT Anglo Slavic Utama.

Dorong lulus cadangan pelaburan

Perbuatan itu mendorong ahli lembaga pengarah syarikat Protasco meluluskan cadangan pelaburan dalam perniagaan minyak dan gas di Indonesia melalui pembelian saham syarikat PT Anglo Slavic Utama bernilai AS$22 juta (RM87.5 juta).

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Protasco, Tingkat 2, Corporate Building Unipark Suria, Jalan Ikram-uniten, Kajang, di sini, antara November 2012 dan 28 Disember 2012.

Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 131(1) Akta Syarikat 1965 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimun tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarka­n tertuduh, masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Zulkhairi Kamaruzama­n, manakala peguam Datuk Sukri Mohamed mewakili kedua-dua tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia