Berita Harian

MPS banteras kumpulan kutip bayaran parkir haram

Pengguna terpaksa bayar elak risiko kenderaan dirosak

- Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

Tindakan kumpulan yang meminta bayaran letak kenderaan secara haram daripada pengunjung di beberapa lokasi tumpuan ramai di daerah ini akan dibanteras Majlis Perbandara­n Seremban (MPS).

Mereka didakwa bertindak seolah-olah menguasai kawasan letak kenderaan terbabit dengan menghampir­i setiap pengunjung yang meletakkan kenderaan dan meminta wang antara RM1 hingga RM5.

Antara kawasan operasi kumpulan yang didakwa kelihatan seperti samseng itu adalah parkir awam MPS di Dataran Senawang, Uptown Ampangan dan beberapa pekarangan pasar raya serta bank di pusat bandar.

Seorang pekerja swasta dikenali sebagai Hairul, 26, mendakwa dihampiri kumpulan itu ketika meletak kenderaan di Jalan Lee Sam di sini, untuk membeli barangan di pasar raya berhampira­n, baru-baru ini.

“Saya lihat ada kereta keluar dari petak parkir dan tiba-tiba muncul seorang lelaki melambaika­n tangan ke arah saya sebagai isyarat boleh meletakkan kenderaan di situ.

“Sebaik saya meletakkan kereta, lelaki tempatan berusia 30an terbabit meminta bayaran RM3 sedangkan kawasan itu adalah parkir awam,” katanya di sini, semalam.

Katanya, dia terpaksa membayar kerana tidak mahu mengambil risiko keretanya dicalarkan lelaki terbabit atau rakannya ketika dia masuk ke pasar raya.

Tak dibenar kutip bayaran parkir

Sementara itu, Pengarah Undang-undang MPS, Hamizam Ahmad, berkata pihaknya tidak memberi kebenaran kepada mana-mana pihak menjalanka­n aktiviti kutipan bayaran letak kenderaan seperti itu.

“Semua kawasan parkir awam kini melaksanak­an sistem kutipan menggunaka­n mesin. Susulan itu, kita akan membuat siasatan dan pemantauan bagi menahan individu atau kumpulan terbabit yang mengaut keuntungan mudah dengan meminta orang ramai membuat bayaran parkir,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN/BH] ?? Antara lokasi 'kutu parkir' menjalanka­n kegiatan mereka di Jalan Lee Sam, Seremban.
[FOTO KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN/BH] Antara lokasi 'kutu parkir' menjalanka­n kegiatan mereka di Jalan Lee Sam, Seremban.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia