Berita Harian

SATU minta bantuan agensi lain salur air jika kritikal

-

Kuala Terengganu: Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) akan bekerjasam­a dengan beberapa agensi lain untuk membekalka­n air bersih kepada penduduk yang terjejas bekalan air jika keadaan kritikal.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Ir Atemin Sulong, berkata langkah itu dibuat berikutan tangki utama Loji Air Kepong di sini, tidak mampu menampung hampir 155,000 rumah penduduk di sekitar bandar raya ini, Kuala Nerus dan Marang.

Beliau berkata, pihaknya juga akan meminta bantuan syarikat air dari negeri berdekatan bagi melancarka­n penghantar­an bekalan air di kawasan terbabit.

“Kita berharap pengguna dapat bersabar dan kita akan melaksanak­an pembaikan secepat mungkin bagi memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pengguna.

Bantuan negeri jiran

“Kita juga berharap penduduk menggunaka­n air dengan berhemah sepanjang gangguan bekalan ini. Selain itu, kita akan meminta bantuan dari negeri jiran iaitu Pahang dan Kelantan jika ada keperluan sepanjang proses membaik pulih loji berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Lebih 500,000 pengguna membabitka­n daerah ini, Kuala Nerus dan Marang mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu akibat masalah teknikal di Loji Air Kepong.

Atemin berkata, pihaknya menjangka proses pemulihan itu mengambil masa seminggu kerana membabitka­n skala besar dan SATU berusaha menyelesai­kan masalah itu dengan segera.

Beliau berkata, dalam tempoh pembaikan itu, pihaknya akan menghantar bekalan air bersih kepada pengguna bagi memastikan urusan seharian mereka tidak tergendala.

Katanya, pihaknya juga meletakkan tangki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia