Berita Harian

Anita cekal laksana tugas di pedalaman Sarawak

Berkhidmat di Kapit tidak luntur semangat, komitmen sebagai pendidik

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

mereka dan membuat kelas tambahan pada sebelah petang,” katanya kepada ketika ditemui barubaru ini.

Mengharung­i pelbagai cabaran

Jika dibandingk­an ketika menjadi guru praktikal di Kuala Lumpur pada 2004, Nur Anita berkata, perkara itu amat berbeza dengan persekitar­an mengajar di kawasan pedalaman berikutan keadaan sekolah yang serba kekurangan, selain bekalan elektrik yang tidak menentu.

“Kawasan ini hanya terdapat sekolah dan kuarters guru sahaja, selain kedai dan barangan keperluan hanya boleh didapati di pekan Kapit yang terletak kira-kira 20 kilometer,” katanya yang berasal dari Kedah.

Menceritak­an kisah pahit getir terpaksa bertugas di luar kawasan itu, Nur Anita berkata, adakalanya beliau terpaksa menaiki bot panjang bersama-sama muridnya untuk ke pekan Kapit yang mengambil masa hampir dua jam.

“Jika air cetek, saya terpaksa menolak bot sebelum hidupkan enjin disebabkan terdapat banyak batu yang boleh menyebabka­n kipas enjin bot rosak jika tidak berhati-hati,” katanya.

Nur Anita berkata, beliau sentiasa berusaha membiasaka­n diri dalam persekitar­an yang serba kekurangan, namun mengambil cabaran itu sebagai pengalaman berharga buat dirinya.

“Suasana di kawasan pedalaman banyak kekurangan kemudahan berbanding di bandar dan ramai murid yang tidak fasih berbahasa Melayu. Bekalan elektrik juga hanya disediakan dari jam 5 pagi hingga 12 tengah malam sahaja dengan menggunaka­n generator.

Cabaran baharu

“Klinik dan hospital yang berdekatan hanya terletak di pekan Kapit dan jika ada murid yang sakit, saya terpaksa memberi rawatan awal terlebih dahulu termasuk memberi ubat sebelum membawanya ke klinik,” katanya.

Ketika ditanya perasaanny­a pertama kali mendapat tahu akan mengajar di kawasan pedalaman Sarawak, Nur Anita berkata, beliau sentiasa menanam komiten yang tinggi sebagai seorang guru dan menganggap ia adalah satu cabaran baharu buat dirinya.

“Saya mendapat tawaran pada 2004 selepas empat bulan mengajar sebagai guru praktikal di Kuala Lumpur. Apapun saya tetap berasa bersyukur melalui pengalaman ini yang mungkin tidak semua guru dapat melaluinya,” katanya.

 ??  ?? Nur Anita (kiri) bersama-sama muridnya di SK Sungai Menuan.
Nur Anita (kiri) bersama-sama muridnya di SK Sungai Menuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia