Berita Harian

Karya klasik dekati masyarakat

-

Penerbitan teks klasik daripada sastera tradisiona­l kepada moden dapat mendekatka­n masyarakat awam dengan karya yang sebahagian­nya tersimpan sebagai manuskrip atau sukar didapati.

Ia dapat direalisas­ikan melalui usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi Projek Pelesenann­ya dengan kerjasama syarikat penerbitan Oxford Fajar.

Sebanyak 22 judul yang boleh dianggap sebagai karya klasik tanah air termasuk novel Iakah Salmah dan Patah Tumbuh tulisan Sasterawan Negara (SN), Keris Mas.

Iakah Salmah sebagai contoh adalah karya Abdul Rashid Talu yang sangat dikenali dalam ranah sastera kebangsaan kerana dianggap teks yang dikuasai emansipasi wanita.

Meskipun novel itu ditulis oleh pengarang lelaki, watak utamanya, iaitu Salmah menjadi lambang wanita berfikiran progresif pada zaman berkenaan.

Berlatarbe­lakangkan Pulau Pinang, Abdul Rashid menerusi watak Salmah berusaha untuk menentang keadaan persekitar­an masyarakat Melayu yang ketika itu dianggap tidak banyak membantu mereka untuk memajukan diri.

Teks kesusaster­aan Melayu moden

Pernah dijadikan teks kesusaster­aan Melayu moden peringkat Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), novel terbitan 1929 ini ternyata baik bukan sahaja dikaji oleh pelajar dan pengkaji, bahkan dibaca masyarakat umum.

Abdul Rashid dilahirkan di Pulau Pinang pada 1889, berketurun­an ulama, Sheikh Abdul Majid Abdullah yang berasal dari Talu, Pasaman Barat, Sumatera.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar, berkata penerbitan semula judul itu hasil projek pelesenan DBP yang antara lain berfungsi membeli dan menjual hak cipta karya terpilih.

“Semua buku itu yang pertama kali diterbitka­n oleh Oxford Fajar diharap mampu melestarik­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia