Berita Harian

Jaga waktu bantu Ajim Juxta disiplin diri

-

akhir atau ‘deadline’ mungkin tidak begitu digemari oleh penggiat seni kreatif, tetapi tidak bagi pemenang Young Art Award 2016, Raja Azeem Idzham Raja Azaham atau lebih dikenali sebagai Ajim Juxta.

Menjadi pelukis sepenuh masa sejak 2011, Ajim berkata, memenuhi tarikh akhir adalah sesuatu yang sangat penting kerana ia dapat membentuk konsistens­i dan disiplin dalam berkarya.

“Sebagai pengkarya sepenuh masa, adalah sangat penting untuk saya memenuhi tarikh akhir, manakala kerja tetap kerja dan tiada istilah menunggu mood atau masa tertentu untuk berkarya,” katanya kepada Sastera & Budaya di sini.

Apabila sekali-sekala berdepan dengan ketandusan idea, penulisan dan muzik menjadi jalan keluar paling menenangka­n bagi pelukis muda berbakat itu.

“Saya sentiasa mempunyai medium seni lain seperti penulisan dan muzik bagi mencambahk­an lagi idea lukisan yang sedia ada.

“Buku dan persekitar­an dapat memberi inspirasi, tetapi paling penting sebagai pengkarya kita perlu tahu apa yang penting dan di mana mencarinya,” katanya.

Mahu karya jadi rujukan

Bergerak dalam aliran abstrak dan neo-ekpresioni­sme, catan dihasilkan Ajim sering menyerlah dalam ‘kerumitan’ malah perincian teliti pada naskhahnya menghidupk­an karya beliau dan memberinya karakter tersendiri.

Menggemari karya Vincent Van Gogh dan HR Giger, Ajim berkata, perkara paling diutamakan ketika berkarya, adalah penceritaa­n dan maksud yang ditampilka­n dalam sesuatu karya dihasilkan.

Mahu karyanya menjadi rujukan dan peringatan mengenai alam yang kian musnah dan manusia tamak, Ajim berhasrat melihat hasil kerjanya bukan sekadar menjadi komoditi, tetapi pada masa berupaya terus memberi inspirasi.

“Saya mahu karya saya mengajak manusia untuk berfikir dulu sebelum terusan bertindak sesuka hati,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia