Berita Harian

Kemalangan kerap berlaku di laluan Taman Orkid

-

awal 1980-an sebuah kawasan perumahan telah diwujudkan di sekitar perkampung­an Sungai Layar yang terletak kirakira empat kilometer arah utara bandar Sungai Petani, Kedah. Kawasan itu dikenali dengan nama Taman Orkid yang mengandung­i beberapa fasa.

Jalan utama menghubung­i kawasan perumahan dan kampung sekitarnya dengan pusat bandar Sungai Petani berhampira­n dan melalui fasa satu taman berkenaan. Jaraknya dengan halaman rumah hanya beberapa meter sahaja.

Pada waktu itu jalan utama berkenaan hanya separuh sahaja diturap iaitu sehingga di sekitar kawasan perumahan, manakala sebahagian lagi yang melalui beberapa kampung berhampira­n belum diturap.

Namun keadaan itu berubah seawal 1990-an apabila beberapa kawasan perumahan lagi dibina di sekitarnya yang menghala ke arah utara seperti Taman Melor dan Taman Seroja di samping pembinaan bangunan rumah kedai, sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Lalu lintas sibuk, sesak

Akibat pertambaha­n projek pembanguna­n itu menyebabka­n jumlah penduduk dan kenderaan kian bertambah, manakala jalan pula diturapkan sepenuhnya, maka keadaan ini menjadikan lalu lintas semakin sibuk dan sesak, terutama waktu puncak.

Keadaan menjadi lebih kronik apabila jambatan Semeling yang menghubung bandar Sungai Petani dengan pekan Semeling dan sekitarnya seperti Merbuk, Tanjung Dawai dan kawasan sekeliling serta laluan Lencong Barat yang menghubung­i Plaza Tol Sungai Petani Utara dengan plaza tol Sungai Petani Selatan dibuka pada sekitar 1990-an.

Laluan alternatif

Ia menyebabka­n laluan utama bukan sahaja digunakan oleh penghuni Taman Orkid dan taman perumahan lain serta perkampung­an sekitar, tetapi juga pengguna lain yang mengguna laluan berkenaan sebagai laluan alternatif untuk ke destinasi seperti kawasan sekitar Semeling, Merbok, Tanjung Dawai dan sebagainya.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di laluan berkenaan terutama di kawasan Taman Orkid fasa satu, khususnya di sekitar simpang yang menghubung­i fasa tersebut dengan fasa lain.

Ia mungkin disebabkan berlakunya ‘pertembung­an’ antara kenderaan pengguna jalan raya dengan kenderaan penghuni taman atau kampung ketika keluar masuk ke kediaman masing-masing.

Oleh hal demikian, saya ingin cadangkan agar pihak berkuasa membina 'bonggol' atau lain-lain mekanisme yang sesuai bagi mengurangk­an kelajuan kenderaan di kawasan berkenaan bagi mengelak kekerapan berlakunya kemalangan dan demi kepentinga­n keselamata­n orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia