Berita Harian

20 maut musim cuti Aidilfitri di Jawa Barat

-

Jakarta: Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya di bahagian Jawa Barat ketika Operasi Ramadniya 2016, ketika cuti Aidilfitri sejak Rabu lalu.

Difahamkan, enam terbunuh sepanjang laluan keluar merentasi sepanjang kawasan pantai bahagian utara di Jawa (Pantura) dan jalan tol.

Sementara itu, 14 lagi mangsa terkorban di luar laluan kawasan pengguna mahu balik kampung. Angka ini dirakamkan dalam satu operasi sepanjang tujuh hari, sebelum dan dua hari selepas Aidilfitri.

Jurucakap Polis Jawa Barat Komander Kanan, Yusri Yunus berkata, mangsa yang maut terbabit dalam 78 kemalangan jalan raya, termasuk sembilan yang meninggal dunia apabila sebuah bas yang membawa 25 penumpang terbabas di Cimahi, Jumaat lalu membabitka­n dua kereta dan tiga motosikal.

Banduan ditembak mati

Polis Negara melancarka­n Operasi Ramadanniy­a 2016 di seluruh negara bagi meningkatk­an keselamata­n di beberapa lokasi penting dan menguruska­n lalu lintas ketika orang ramai pulang beraya, baru-baru ini.

Sementara itu, kerajaan Indonesia akan melaksanak­an hukuman mati ke atas sekurang-kurangnya dua pesalah, termasuk warga asing, tahun ini.

Menurut Peguam Negara, HM Prasetyo, banduan akan ditembak mati oleh skuad tetapi tidak menyatakan mengenai jenayah yang disabitkan.

“Pelaksanaa­n hukuman mati akan dilakukan selepas cuti Aidilfitri berakhir. Ada lebih dua orang dan ada warga asing. Memang ada bantahan, tetapi kami akan tetap melaksanak­an hukuman,” kata Prasetyo.

Tahun lalu, Indonesia menghukum mati 14 orang, kebanyakan­nya pengedar dadah warga asing dan berikrar meningkatk­an jumlah itu walaupun berhadapan kritikan antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia