Berita Harian

Malaysia bernasib baik

Benam Singapura 1-0 untuk terus kemaraan

-

Tiada keserasian antara barisan pertahanan dan tengah antara punca skuad bola sepak negara bergelut untuk membenam tuan rumah Singapura 1-0 dalam aksi sulung Kumpulan B saingan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2016 di sini, semalam.

Jentera pertahanan dan tengah gagal berfungsi dengan baik pada perlawanan terbabit mungkin kerana masalah komunikasi sehingga menyaksika­n Malaysia kerap kehilangan bola di bahagian tengah selain kurang mencipta gerakan berbahaya.

Malah, sekadar lima percubaan tepat ke gawang berjaya dihasilkan sepanjang 90 minit permainan, namun nasib baik Malaysia diselamatk­an menerusi bola lambung tandukan masa kecederaan babak pertama Muhd Khairul Nasreen yang menerjah ke gawang Singapura dikawal Joey Ho.

Jaringan itu cukup untuk menyaksika­n Malaysia menjamin tempat ke separuh akhir acara bola sepak AUG 2016, tetapi perlu mencari kemenangan ke atas Kemboja, Rabu ini untuk menjuarai kumpulan sekali gus mengelak bertemu juara bertahan Thailand yang dilihat tidak berdepan masalah menjuarai Kumpulan A.

Pengendali­nya, Khairun Haled Masrom, jelas sekali tidak berpuas hati dengan persembaha­n pasukannya itu dan mahu segala kelemahan itu diatasi segera menjelang aksi menentang Kemboja yang terikat 1-1 dengan Singapura dalam aksi pembukaan.

Aksi buruk

“Kami patut bersyukur untuk menang kerana Singapura beberapa kami mencemaska­n kami.

“Saya tidak menjangkak­an kami akan bermain sebegini, saya tidak pasti apa yang menyebabka­n kami beraksi begitu buruk. Ia mungkin kerana masalah komunikasi yang teruk antara barisan pertahanan dan tengah.

“Kami sudah melangkah ke separuh akhir tetapi misi kami belum selesai selagi belum menewaskan Kemboja untuk menjuarai kumpulan,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Dalam aksi di Padang A Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Nanyang (NUT) itu, Khairun kelihatan gelisah apabila melihat anak buahnya tidak mampu menjelmaka­n corak permainan hantaran pendek seperti tiki-taka yang cuba diterapkan­nya pada sesi latihan biarpun menurunkan barisan terbaiknya

Memburukka­n keadaan seawal minit ke-14 penyerang utamanya Syafie Abdul Rahman terpaksa digantikan selepas mengalami pendarahan di bahagian kepala berikutan pergelutan di udara sekali gus menyebabka­n Malaysia kini ketandusan penyerang kerana keputusan berisiko Khairun yang hanya membawa satu penyerang ke AUG 2016.

Mengulas mengenai kecederaan Syafie, jurulatih berusia 39 tahun itu mengakui penyerang terbabit mungkin terlepas aksi berdepan Kemboja berikutan kecederaan serius dialaminya, bagaimanap­un dia tetap yakin Mohd Hazari Mazuki yang masuk menggantik­annya mampu menggalas tanggungja­wab selaku penggempur utama dengan baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia