Berita Harian

Negeri Sembilan dapat kekuatan baharu

-

Seremban: Skuad Negeri Sembilan mendapat kekuatan baharu untuk mengharung­i baki saingan Liga Perdana dan kempen Piala Malaysia, apabila bakal menampilka­n dua pemain import baharu iaitu Hendrique De Silva dan Goran Jerkovic.

De Silva, 31, berasal dari Brazil manakala Jerkovic, 30, dari Perancis bakal menguatkan lagi skuad Hobin Jang Hobin dalam mengharung­i baki saingan liga serta Piala Malaysia bermula dengan menentang FELDA United FC, di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, malam ini.

Kemasukan kedua-dua pemain terbabit adalah bagi menggantik­an dua pemain import yang disingkirk­an iaitu pemain tengah Andrew Nabbout (Australia) serta penyerang Joel Chianese (Australia).

Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahka­n mengenai kedudukan kedua-dua pemain terbabit dalam pasukan bimbingan ketua jurulatih dari Australia itu, Gary Michael Philips.

“Kita (PBNS) mengesahka­n mengenai dua pemain import terbabit bersama Negeri Sembilan bagi mengharung­i baki saingan Liga Perdana dan kempen Piala Malaysia yang bermula hari ini.

“Keputusan ini dibuat pihak pengurusan pasukan selepas mengenal pasti jentera serangan sebelum ini belum begitu mantap dan kita berharap kedua-dua pemain terbabit dapat memainkan peranan penting dalam membantu kepada kejayaan Negeri Sembilan musim ini.

Tangga kedua

“Kita (PBNS) sudah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada pasukan musim ini iaitu layak ke saingan Liga Super musim depan dan saya berharap ia dapat direalisas­ikan,” katanya kepada media pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Tanjong Rantau, semalam.

De Silva adalah pemain sayap Brisbane Roar, yang beraksi di Aleague dan pernah membuat 136 penampilan kepada pasukan berkenaan sejak 2009.

Manakala Jerkovic adalah bekas pemain kelab Esteghlal dan pemain skuad Tentera Amerika.

Musim ini, Negeri Sembilan mendapatka­n khidmat empat pemain import iaitu Taylor Reagan (Australia) yang beraksi di posisi pertahanan, pemain tengah Alex Smith (England) dan Andrew Nabbout (Australia) serta penyerang Joel Chianese (Australia).

Mohd Amin Jalil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia