Berita Harian

Tugas getir menanti skuad Tok Gajah

Razip mungkin turunkan semua awang import baharu kekang Kelantan

- Oleh Asrol Awang

Jurulatih Pahang Razip Ismail mengakui tugas getir bakal dihadapi skuadnya apabila bertemu Kelantan pada aksi pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd KE-IV, malam ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, biarpun Kelantan dilihat berdepan pelbagai masalah, ia tidak menjamin bahawa skuad Tok Gajah berdepan laluan mudah untuk mencatat kemenangan ke atas tuan rumah.

Katanya, ini kerana Kelantan bukan sahaja memiliki barisan pemain baharu termasuk import, malah dibimbing Velizar Popov dan komitmen tinggi ditagih daripada semua pemain untuk mencapai misi kemenangan.

“Saya lihat Kelantan sebuah pasukan yang kuat biarpun mereka berdepan beberapa masalah tetapi ia tidak bermakna Pahang boleh menewaskan mereka berdasarka­n prestasi lalu.

“Oleh itu, saya mengharapk­an keputusan terbaik dipersemba­hkan semua pemain selepas berehat panjang kerana keputusan positif akan membantu meningkatk­an moral pemain,” katanya semalam.

Mahu keputusan positif

Ditanya sama ada akan menurunkan keempat-empat pemain import baharu malam ini, Razip berkata, jika segala-galanya berjalan lancar, empat pemain itu akan memperkuat­kan jentera pasukan sekali gus diharap membantu meraih mata berharga.

Katanya, walaupun mereka baharu saja bersama pasukan, sentuhan positif ditagih dalam usaha memberi impak kepada pasukan biarpun beraksi di gelanggang lawan.

“Sudah pasti saya mahu melihat mereka menyerlah dan membantu pasukan meraih kejayaan. Selain itu komitmen dan kerjasama pemain tempatan akan memperkasa­kan pasukan.

“Oleh itu saya mengharapk­an kunjungan ke Kota Bharu akan mendapat keputusan positif kerana segala persiapan sudah dilakukan sepanjang tempoh rehat,” katanya.

“Empat import baharu berkenaan adalah Pablo Vranjican dari Argentina Faysal Shayesteh (Afghanista­n), Cloudio Meneses (Chile) dan Jailton Dos Santos dari Brazil.

 ??  ?? Pemain import baharu Pahang (dari kiri) Faysal, Vranjican, Dos Santos, Meneses dijangka beraksi dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd KE-IV, malam ini.
Pemain import baharu Pahang (dari kiri) Faysal, Vranjican, Dos Santos, Meneses dijangka beraksi dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd KE-IV, malam ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia