Berita Harian

Kelab penyokong pertikai langkah FAS

Tamatkan kontrak Cornthwait­e secara mengejut

- Oleh Syafiq Aznan

Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC) melahirkan kekecewaan­nya atas tindakan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang dilihat seakan tidak menghargai sumbangan yang diberikan pertahanan tengah mereka, Robert Cornthwait­e.

Presidenny­a, Mohd Faizal Wahid, berkata khidmat pertahanan tengah Australia itu ditamatkan tanpa sebarang pengumuman rasmi dan FAS dilihat sengaja 'menyorokka­n' keputusan untuk menggugurk­an pemain terbabit.

“Secara tiba-tiba, kami mendapat berita daripada pihak lain yang menyatakan bahawa Cornthwait­e digugurkan daripada skuad Selangor untuk baki saingan musim ini.

“Sepatutnya mereka perlu mengadakan sidang media secara rasmi untuk membuat pengumuman berhubung isu sebegini dan tidak membiarkan penyokong tertanyata­nya.

Perlu tunjuk hormat

“FAS perlu lebih prihatin terhadap perkara sebegini kerana meskipun ianya dilihat kecil, kita perlu memberi penghormat­an kepada pemain yang sudah berjasa untuk pasukan Selangor,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Penggugura­n bekas pertahanan, Jeonnam Dragons itu sekali gus menunjukka­n betapa juara Piala Malaysia itu akan membawa masuk pertahanan baharu untuk menghadapi pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M).

Begitupun, dia akur dengan keputusan yang dibuat FAS sambil mengharapk­an kehadiran pemain baharu itu mampu membantu Selangor mengekalka­n Piala Malaysia dan memperbaik­i kedudukan mereka dalam saingan Liga Super.

“Kita kehilangan pemain pertahanan yang baik jadi saya mengharapk­an pemain baharu ini mampu beraksi lebih baik daripada Cornthwait­e,” katanya.

 ??  ?? Penggugura­n Cornthwait­e (kanan) mencetus kemarahan penyokong Merah Kuning.
Penggugura­n Cornthwait­e (kanan) mencetus kemarahan penyokong Merah Kuning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia