Berita Harian

JDT tekad bawa pulang mata penuh

Gomez enggan pandang mudah cabaran naib juara Piala FA di Larkin

-

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Nazri Abu Bakar

Kemenangan pertama dengan mengutip tiga mata pada aksi pembukaan kempen Piala Malaysia 2016 menentang PKNS FC, malam ini dilihat satu faktor penting kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengendali pasukan JDT, Mario Gomez komited mahu mengorak langkah kanan dalam aksi pembukaan itu ketika melayan kunjungan PKNS FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Bagaimanap­un beliau tidak melihat ia satu laluan mudah kerana pertembung­an itu mengingatk­an mereka pada aksi ulangan perlawanan akhir Piala FA pada 14 Mei lalu.

“PKNS bukanlah lawan yang

(gambar),

mudah kerana pasukan kendalian E Elavarasan mempunyai barisan pemain hebat dan diperkuatk­an dengan jentera serangan import yang bijak menghidu peluang gol.

Permainan kemas

“Penting buat kami untuk mempersemb­ahkan permainan kemas bagi memburu tiga mata berharga kerana selain PKNS, kami turut diundi bersama Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ini bukanlah kumpulan yang mudah.

“Sekiranya pasukan dapat mengekal rentak konsisten seperti yang dipamerkan sebelum ini, saya yakin kami dapat menduduki tempat teratas Kumpulan C,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada musim lalu, JDT terkandas di peringkat suku akhir kempen Piala Malaysia selepas tewas di tangan FELDA United dengan agregat 3-2.

“Saya tidak mahu ulangi episod hitam itu lagi dan akan memastikan JDT memperbaik­i kelemahan di setiap aspek bagi membolehka­n kami mendapat keputusan lebih baik berbanding musim lalu.

“Impian menjulang Piala Malaysia adalah satu sasaran kami musim ini, selain mempertaha­nkan kejuaraan Liga Super dan Piala AFC,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia