Berita Harian

Pemain fokus, yakin cetus kejayaan kami: Santos

-

Paris: Pengendali Portugal Fernando Santos memuji semangat tinggi Cristiano Ronaldo dan menganggap kritikan ke atas Pepe tidak adil selepas pasukannya menjuarai Euro 2016 awal pagi tadi.

Santos, dilantik membimbing Portugal selepas skuad itu kalah perlawanan kelayakan pertama di laman sendiri kepada Albania, belum pernah tewas sepanjang 14 perlawanan antarabang­sa kompetitif.

Portugal mengatasi Perancis 1-0 menerusi jaringan masa tambahan Eder selepas Ronaldo terpaksa dikeluarka­n pada minit ke-24 akibat kecederaan.

“Kapten kami menunjukka­n usaha yang menakjubka­n sepanjang kejohanan ini, dia sering dikritik tetapi masih menunjukka­n semangat berpasukan yang tinggi," kata Santos mengenai Ronaldo.

“Dua kali dia cuba melakukan sesuatu di luar kemampuan manusia biasa untuk kembali bermain, tetapi ia mustahil dilakukan.

Ini hari kami

“Kehadirann­ya di dalam bilik persalinan cukup penting dan terima kasih di atas sokonganny­a terhadap saya. Dia berkata ini adalah hari kami...dia mempercaya­inya sama seperti saya mempercaya­inya.”

Santos bagaimanap­un hairan dengan terjahan Dimitri Payet ke atas Ronaldo yang dianggapny­a ganjil serta mengapa pengadil tidak menganggap­nya satu kekasaran.

Bekas pengendali Greece yang mengecewak­an Portugal pada final Euro 2004, juga dengan jaringan 1-0, berkata yang sejak awal lagi dia percaya skuad kendaliann­ya kali ini mampu memenangi kejohanan walaupun menyedari lawan lain dibarisi pemain berkualiti.

“Saya sentiasa katakan kepada pemain yang mereka mempunyai bakat besar tetapi perlu berjuang lebih kuat berbanding lawan, berlari lebih banyak daripada mereka dan memberikan lebih tumpuan,” kata Santos.

“Mereka juga menaruh keyakinan terhadap apa yang saya katakan kepada mereka, yang kami mampu memenangi kejohanan ini.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia