Berita Harian

‘Saya sangat benci kekalahan’

Kekecewaan yang amat dahsyat, tiada kata-kata yang dapat mengubatin­ya: Deschamps

-

Pengendali Perancis, Didier Deschamps tidak mampu menyembuny­ikan kekecewaan­nya selepas tewas 1-0 di tangan Portugal pada final Euro 2016 di laman sendiri awal pagi semalam.

Deschamps, yang cukup memahami cara-cara memenangi perlawanan penentuan kejuaraan selepas menjadi kapten Perancis ketika menjuarai Piala Dunia 1998 di laman sendiri, dan Kejuaraan Eropah dua tahun kemudian, mengakui dia cukup bencikan kekalahan.

“Ini satu tamparan hebat,” kata Deschamps selepas impian Les Bleus untuk menjuarai satu lagi kejohanan besar di laman sendiri dimusnahka­n oleh Portugal.

Kecewa amat dahsyat

“Perasaan yang paling ketara sekarang ialah kekecewaan yang amat dahsyat. Saya sedih dengan pemain saya. Tidak ada kata-kata yang mampu memujuk mereka. Ia amat sukar, juga untuk penyokong yang inginkan trofi itu.”

Perancis yang memulakan aksi final di Stade de France sebagai pasukan pilihan selepas menundukka­n juara dunia 2-0 pada aksi separuh akhir, mencipta banyak peluang tetapi gagal membolosi benteng Portugal yang tersusun dan berdisipli­n, terutama selepas bintangnya Cristiano Ronaldo terpaksa diusung keluar akibat kecederaan.

“Kami kehilangan banyak tenaga ketika menentang Jerman dan kami mungkin tidak cergas seperti sepatutnya,” kata Deschamps yang pasukannya mempunyai tempoh rehat sehari kurang berbanding Portugal.

“Saya tidak boleh menuding jari kepada pemain saya, mereka sudah bermain sebaik mungkin tetapi mungkin nasib tidak menyebelah­i kami. Kami mempunyai peluang, tetapi ada saja halanganny­a.”

Perancis yang mencatat jaringan tertinggi di kejohanan ini, tewas di tangan Portugal yang hanya menang sekali dalam tempoh 90 minit di sepanjang pusingan akhir Euro 2016.

“Mungkin Portugal tidak menang banyak perlawanan tetapi mereka tidak sampai ke final ini secara kebetulan,” kata Deschamps. “Anda tidak boleh menafikan hak mereka, mereka memenangin­ya. Tahniah buat mereka.”

Deschamps, 47, mengambil alih Perancis daripada Laurent Blanc pada tahun 2012 dan dikagumi di atas kejayaanny­a membentuk skuad mantap di saingan Euro 2016.

 ??  ?? Deschamps (tengah) kelihatan sugul bersama pemainnya, Anthony Martial (kiri) dan Adil Rami selepas tewas kepada Portugal, awal pagi semalam.
Deschamps (tengah) kelihatan sugul bersama pemainnya, Anthony Martial (kiri) dan Adil Rami selepas tewas kepada Portugal, awal pagi semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia