Berita Harian

Trofi untuk rakyat Portugal

Kemenangan 1-0 ke atas Perancis di pentas final hadiahkan kejuaraan pertama negara itu di pentas antarabang­sa

-

̌

Rembatan kencang daripada pemain simpanan Eder membenarka­n Portugal meraih kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah Perancis di pentas final Euro 2016 sekali gus menghadiah­kan kejuaraan pertama negara itu di pentas antarabang­sa.

Meskipun begitu, bintang ternama mereka, Cristiano Ronaldo hanya dapat merasai kegembiraa­n itu di luar padang selepas berdepan kecederaan lutut ketika babak per- tama perlawanan.

Penantian 12 tahun

Tuan rumah Perancis jelas menguasai permainan namun tidak mampu menembusi pertahanan Portugal yang mana dikawal ketat pemain terbaik perlawanan Pepe dan juga penjaga gol, Rui Patricio.

“Ia bukan satu pentas final yang saya idamkan tetapi saya sangat gembira. Trofi ini adalah untuk semua rakyat Portugal dan juga semua pihak yang mempercaya­i kami. Saya sangat gembira dan sangat berbangga,” kata Ronaldo.

Berdepan Perancis yang dibantu sokongan penuh di halaman sendiri, Portugal dalam pada itu dapat membalut luka mereka selepas dikecewaka­n 12 tahun lalu.

Pada final Euro 2004, Portugal tewas kepada Greece 1-0 di halaman sendiri dan pastinya pasukan akan disambut sebagai wira apabila tiba di ibu kota Lisbon.

Jurulatih Portugal, Fernando Santos dan pemain turut memberi penghormat­an kepada peranan Ronaldo yang sebelum itu menggesa pasukan supaya tidak mudah mengalah di Stade de France.

Ronaldo kembali daripada menerima rawatan sebaik saja tamat perlawanan selepas bertembung dengan Dimitri Payet pada babak pertama.

“Dia memberitah­u saya yang saya akan menjaringk­an gol kemenangan,” kata Eder yang bermain bersama kelab Perancis, Lille dan hanya dimasukkan pada minit ke-79. “Dia memberi saya kekuatan dan juga semangat positif.”

 ??  ??
 ??  ?? Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris gagal menampan bola rembatan padu Eder.
Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris gagal menampan bola rembatan padu Eder.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia