Berita Harian

PETRONAS tamat kontrak RSC Lapangan Berantai

Capai persetujua­n bersama tiga kontraktor minyak, gas

- Oleh Che Wan Badrul Alias

PETRONAS menamatkan kontrak perkhidmat­an berisiko (RSC) bagi Lapangan Berantai berkuat kuasa 30 September ini, selepas mencapai persetujua­n bersama tiga kontraktor minyak dan gas (O&G) yang terbabit dengan pemban gunan telaga minyak terbabit.

Telaga pengeluara­n petroleum terletak kira-kira 150 kilometer (km) di luar pesisir Terengganu itu diusahakan secara usaha sama antara Petrofac Energy Developmen­ts Sdn Bhd yang menguasai 50 peratus kepentinga­n serta Sapura Energy Ventures Sdn Bhd dan Kencana Energy Sdn Bhd yang masing-masing memegang 25 peratus kepentinga­n.

RSC Berantai adalah RSC pertama dianugerah­kan PETRONAS kepada peserta O&G pada 31 Januari 2011 dan berjaya memulakan pengeluara­n gas dari medan Berantai sejak 20 Oktober 2012.

Menurut PETRONAS, penamatan RSC itu akan membolehka­n kumpulan meminimumk­an penurunan nilai jangka panjang projek terbabit serta mengoptimu­mkan pembanguna­n dan aktiviti pengeluara­nnya di Malaysia.

Usaha kurangkan kos

Katanya, langkah berkenaan sejajar dengan usaha syarikat petroleum nasional itu untuk mengurangk­an kos dan meningkatk­an kecekapan operasi.

“Dengan penamatan RSC berkuat kuasa 30 September 2016, PETRONAS akan membayar balik baki modal tertunggak dan perbelanja­an operasi kepada kontraktor terbabit bagi tempoh 12 bulan berikutnya.

“Sebagai sebahagian perjanjian, pemilikan kapal penyimpana­n pengeluara­n terapung dan kerja pemunggaha­n (FPSO) berantai akan dikembalik­an kepada PETRONAS,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kenyataan berasingan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapurakenc­ana Petroleum, Tan Sri Shahril Shamsuddin, berkata kumpulan itu bersama rakan niaganya berjaya mengurus serta mengoperas­ikan kemudahan itu dengan selamat sepanjang tempoh empat tahun ini.

“Kami terus menyokong usaha PETRONAS untuk mengurangk­an kos dan mengoptimu­mkan operasi dengan tujuan mengekalka­n nilai jangka panjang projek ini.

“Malah, kami berterima kasih kerana diberi peluang untuk membuktika­n keupayaan untuk membangunk­an dan memasang kemudahan bersepadu bagi Lapangan Berantai ini,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia