Berita Harian

Firma Jepun rancang Malaysia jadi hab ASEAN

Satake Chemical Equipment tingkat kerjasama dengan SIRIM

- Oleh Lum Chee Hong

Satake Chemical Equipment, pengeluar perkakasan pengadun dan pengujian industri berpangkal­an di Jepun, merancang menjadikan Malaysia sebagai hab dan pintu masuk produknya ke pasaran ASEAN.

Presiden Satake Chemical, Mitsutoshi Nishioka, berkata hasrat itu bakal direalisas­ikan menerusi pembukaan Satake Technologi­es Malaysia Sdn Bhd bagi menyediaka­n penyelesai­an menyeluruh kepada pelanggan serantauny­a.

Beliau berkata, kerjasama dengan SIRIM akan turut meningkatk­an kerjasama penyelidik­an yang lebih mendalam dalam teknologi pengujian serta membangunk­an lebih ramai jurutera penguji.

“Saya harap Malaysia akan menjadi pemain utama di ASEAN dalam pembanguna­n sumber manusia dalam bidang ujian teknologi.

Tingkat pembanguna­n industri di Malaysia

“Dengan pelancaran Satake Technologi­es Malaysia, kami boleh meningkatk­an lagi pembanguna­n industri ini di Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran dan memeterai memorandum persefaham­an (MOU) antara Satake Technologi­es Malaysia dan SIRIM Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, Satake Malaysia diwakili oleh Nishioka dan Pengarah Urusan Satake Technologi­es Sdn Bhd, Datuk J Palaniappa­n, manakala SIRIM diwakili Presidenny­a, Datuk Dr Zainal Abidin Mohd Yusof serta Pengarah Kanan Barisan Kilang dan Mesin Bahagian Penyelidik­an dan Inovasi Teknologi, Dr Wan Abdul Rahman Wan Harun.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S K Devamany dan Presiden Satake Engineerin­g, Hiroyuki Noda. Presiden Satake Chemical

 ?? [ FOTO ABDULLAH YUSOF/BH ] ?? Dari kiri Nishioka, Palaniappa­n, Abu Bakar, Zainal Abidin dan Wan Abdul Rahman pada majlis memeterai MOU antara Satake Technologi­es Malaysia dan SIRIM di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ABDULLAH YUSOF/BH ] Dari kiri Nishioka, Palaniappa­n, Abu Bakar, Zainal Abidin dan Wan Abdul Rahman pada majlis memeterai MOU antara Satake Technologi­es Malaysia dan SIRIM di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia