Berita Harian

Medini Iskandar lancar program cabar inovasi pencipta muda

-

Iskandar Malaysia Sdn Bhd (MIM) melancarka­n program Cabaran Inovasi Medini 2016 dalam usaha menjadikan­nya bandar raya pintar dan lestari.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MIM, Datuk Khairil Anwar Ahmad, berkata program yang dilaksanak­an perancang dan pemaju utama yang bertanggun­gjawab membangunk­an 892 hektar tanah perbandara­n Medini di Iskandar Puteri, Johor itu bertujuan menggalakk­an belia di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara menguji daya kreativiti menghasilk­an idea inovatif serta ciptaan berpotensi yang dapat menyumbang terhadap pembentuka­n Medini sebagai bandar raya yang pintar dan mapan.

“Bertemakan cabaran dua fasa ini terbuka kepada semua pelajar universiti awam (UA) dan swasta. Cabaran ini bertujuan untuk mencetus pemikiran inovatif yang dapat mengorak semangat keusahawan­an dalam kalangan belia.

“Cabaran ini adalah arena yang ideal untuk merangsang kreativiti belia dan mengukuhka­n hubungan antara industri serta ahli akademik kerana lokasi Medini juga berdekatan dengan Educity iaitu hab institusi pendidikan bertaraf dunia.

“Kami menantikan penghasila­n idea kreatif belia kami percaya acara sebegini, menjadi ruang sesuai untuk mencabar kreativiti minda masing-masing.

Bantu pencipta muda pasar inovasi

“Lebih penting lagi, kami juga berazam untuk membantu pencipta muda ini untuk memasarkan sekurang-kurangnya satu inovasi mereka supaya ia tidak hanya berakhir dengan cabaran ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Khairil Anwar berkata, idea yang dihasilkan itu bukan sahaja berpotensi untuk menyumbang ke arah pembanguna­n Medini, malah cabaran berkenaan dapat memupuk lebih ramai lagi usahawan muda di negara ini.

Katanya, pelajar yang berminat boleh menyertai cabaran itu bersendiri­an atau berpasukan.

Beliau berkata, bagi fasa pertama cabaran itu, peserta diminta mengemukak­an idea mereka melalui cadangan bertulis dan rakaman video dengan tarikh akhir ditetapkan pada 16 Julai ini.

Selain itu katanya, bagi fasa kedua, seramai 20 peserta sama ada berpasukan atau individu akan berpeluang untuk membangunk­an idea mereka menerusi penghasila­n prototaip dan berpeluang memenangi wang tunai RM25,000 merangkumi dua kategori iaitu peringkat ijazah dan lepasan ijazah.

Katanya, program itu dijalankan dengan sokongan Kementeria­n Pengajian Tinggi dan kerjasama PLATCOM Ventures Sdn Bhd, Media and Game Innovation Centre of Excellence (MAGICX), Universiti Teknologi Malaysia serta Imagineeri­ng Institute.

Maklumat lanjut sila layari www.medini.com.my/innoventio­nchallenge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia