Berita Harian

Dana pencen China beli saham

Pelaburan usaha tingkat pulangan persaraan

-

Hong Kong

Dserta, kesan isyaratnya agak kuat, kata Hong yang meramalkan permulaan dan kemuncak pasaran saham China pada tahun lalu. “Ia sama seperti Warren Buffett berkata dia mahu membeli saham,” katanya.

NCSSF yang menguruska­n rizab sistem keselamata­n sosial China bernilai 1.5 trilion yuan (890 bilion), memberikan pulangan 8.8 peratus setahun sejak tahun 2000, lapor Securities Daily.

Sebaliknya, sistem pencen negara yang lebih besar hanya diuruskan secara domestik dan mencatatka­n pulangan tahunan 2.3 peratus pada 2014, lapor akhbar itu.

Kemasukan dana pencen itu berlaku ketika pasaran saham Shanghai memulakan pemulihan berperingk­at yang mengurangk­an penurunann­ya tahun ini kepada 16 peratus daripada setinggi 25 peratus sebelum ini.

Walaupun kejatuhan yuan menekan aset China lebih rendah, ekonominya masih menunjukka­n beberapa isyarat penstabila­n.

Rizab tukaran asing negara itu meningkat tanpa dijangka bulan lalu, memberikan isyarat aliran keluar yang semakin perlahan.

Indeks Komposit Shanghai pula menokok 0.9 peratus se takat rehat tengah hari semalam.

Perkembang­an positif

Penganalis­is CIMB Securities di Hong Kong, Ben Bei pula berkata, kemasukan dana pencen China itu akan menjadi perkembang­an positif dari segi sentimen, namun impak sebenarnya tidak akan drastik.

“Dana itu cenderung menjadi berhemah dan perkembang­annya akan menjadi berperingk­at, ia memasuki pasaran dalam tempoh beberapa tahun lagi,” katanya.

Meneroka pasaran saham China yang tidak menentu memberikan risiko kepada dana pencen itu yang secara tradisinya menumpukan kepada aset lebih stabil.

Dana pencen kerajaan Jepun yang terbesar dunia kerugian lebih AS$43 bilion (RM171 bilion) pada suku kedua lalu, demikian menurut anggaran Morgan Stanley MUFG Securities Co.

Ia menambak kritikan terhadap keputusan Dana Pelaburan Persaraan Kerajaan untuk menambah peruntukan pelaburan saham pada 2014.

Pulangan rendah adalah satu cabaran kepada sistem pencen China, yang berdepan tekanan daripada peningkata­n jumlah penduduk berusia lanjut.

 ?? [ FOTO BLOMBERG ] ?? Sistem pencen China jana pulangan rendah sebelum ini apabila hanya melabur dalam deposit serta bon kerajaan.
[ FOTO BLOMBERG ] Sistem pencen China jana pulangan rendah sebelum ini apabila hanya melabur dalam deposit serta bon kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia