Berita Harian

Airbus hampir muktamad jual 100 pesawat kepada Airasia

-

Airbus Group SE hampir memperoleh pesanan sehingga 100 pesawat daripada Airasia Bhd dengan nilai mencecah AS$12.57 bilion (RM50.59 bilion), kata sumber.

Perjanjian itu mungkin diumumkan seawal hari ini, kata sumber yang tidak mahu namanya disiarkan kerana perbincang­an adalah peribadi.

Pembelian itu akan merangkumi kemungkina­n pesawat berbadan kecil, A321neo yang berharga AS$125.7 juta setiap satu.

“Syarikat penerbanga­n tambang murah Asia itu akan menggunaka­n sekurangku­rangnya beberapa pesawat berbadan kecil untuk menyediaka­n perkhidmat­an tambahan ke India,” kata sumber.

Pusat kepada pasaran penerbanga­n utama paling pesat berkembang di dunia, India mencatatka­n pertumbuha­n 20 peratus dalam perjalanan udara pada tahun lalu, menurut Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa.

Sebagai perbanding­an, trafik penumpang di China meningkat kirakira 10 peratus dan kurang daripada lima peratus di Amerika Syarikat, kata IATA dalam pembentang­an pada Disember. Airasia dan Airbus enggan mengulas.

Pelanggan terbesar

Jika pembelian berpotensi Airasia diumumkan dalam beberapa hari akan datang, ia mungkin disenaraik­an sebagai satu daripada pesanan paling besar pada Pameran Udara Antarabang­sa Farnboroug­h minggu ini di United Kingdom.

Airasia adalah pelanggan terbesar Airbus dengan jumlah pesawat dan menempah lebih untuk menambah kepada jumlah pesawat 199, dengan 29 milik unit jarak jauhnya, Airasia X.

Dua tahun lalu, pada pameran sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata beliau akan membeli 50 pesawat A330900neo, antara perjanjian terbesar dalam pameran tahunan.

Saham Airbus meningkat sebanyak 1.33 euro atau 2.7 peratus kepada 50.36 euro di Paris. Saham itu sudah kehilangan kirakira 19 peratus pada tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia