Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah jatuh semalam berikutan petunjuk bahawa pengeluar minyak syal Amerika Syarikat (AS) sudah menyesuaik­an diri dengan harga lebih rendah dan petanda baharu kelemahan ekonomi di Asia yang mana syarikat penapis mengurangk­an pengeluara­n.

Kontrak minyak mentah Brent diniagakan pada AS$46.26 satu tong pada 0942 GMT, jatuh 50 sen berbanding penutup sebelum ini.

Kontrak minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermedia­te (WTI) jatuh 57 sen kepada AS$44.84 setong.

Pasaran fizikal juga di bawah tekanan. Peningkata­n aliran minyak di Kanada menghadapi kesukaran mencari ruang dalam saluran paip, menjejaska­n harga Kanada, kini berada pada harga diskaun AS$15 berbanding WTI.

Iran menetapkan harga jualan rasmi bagi gred ringan untuk Asia pada AS$0.45 atas purata minyak Oman/dubai bagi Ogos, jatuh 40 sen pada bulan ini.

Peniaga berkata, harga lebih rendah adalah hasil daripada syarikat penapisan minyak di Asia mula mengurangk­an pesanan minyak mentah, dan juga kelembapan ekonomi di rantau berkenaan.

“Penguranga­n unjuran pertumbuha­n ekonomi akhirnya bermula di beberapa pasaran, tetapi lebih banyak diperlukan, kesan permintaan minyak tidak menyokong bagi keseimbang­an dan harga minyak,” kata Morgan Stanley.

Beberapa syarikat penapisan minyak mengekalka­n atau mengurangk­an pemprosesa­n minyak mentah pada Julai dan Ogos selepas syarikat penapisan di sekitar rantau itu menikmati harga paling rendah dalam tempoh sedekad pada suku pertama.

Pertumbuha­n ekonomi China mungkin perlahan ke paras terendah baharunya dalam tempoh tujuh tahun sebanyak 6.6 peratus pada suku kedua, paling lemah dalam tempoh tujuh tahun, demikian mengikut tinjauan REUTERS membabitka­n 61 ahli ekonomi.

Namun begitu, terdapat faktor yang menyokong harga, dengan Iraq menggantun­g pengeluara­n minyak ringan di Basrah kerana kebocoran paip, kata sumber, sambil menambah bahawa adalah tidak jelas mengenai tempoh membaiki kebocoran itu akan siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia