Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Kebangkita­n pasaran buruh AS rangsang sentimen positif pelabur

-

rangsangan daripada data pekerjaan terbaharu yang menunjukka­n ekonominya menambah 287,000 pekerjaan pada Jun.

“Ia mewujudkan keyakinan bahawa pasaran buruh AS berjaya menunjukka­n daya tahan meskipun risiko luar daripada keadaan tidak menentu global susulan keputusan daripada referendum Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah,” katanya.

Di Bursa Malaysia, suasana pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 437 berbanding 329 dengan 359 kaunter tidak berubah, 597 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.61 bilion saham bernilai RM1.6 bilion daripada 1.23 bilion saham bernilai RM1.44 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Indeks FBM Emas meningkat 61.3 mata kepada 11,528.95, Indeks FBMT100 naik 62.7 mata kepada 11,283.58 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 70.92 mata kepada 12,090.13.

FBM 70 meningkat 69.89 mata kepada 12,973.72 dan FBM Ace naik 43.11 mata kepada 5,200.48. Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meningkat 26.98 mata kepada 3,121.18, Indeks Perladanga­n naik 57.77 mata kepada 7,575.14 dan Indeks Kewangan menokok 8.29 mata kepada 14,282.6.

Saham wajaran tinggi

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB meningkat lapan sen kepada RM14.18, IHH Healthcare naik satu sen kepada RM6.64, Petronas Chemicals menokok tujuh sen kepada RM6.63 manakala Public Bank tidak berubah pada RM19.34 dan Maybank susut satu sen kepada RM8.19.

Dalam kalangan kaunter cergas, Vivocom menambah 1.5 sen kepada 25.5 sen, Airasia naik empat sen kepada RM2.63, manakala Trive Property, Sanichi dan Dagang Nex change meningkat setengah sen setiap satu masingmasi­ng kepada 8.5 sen, 17 sen dan 21.5 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.1 bilion saham bernilai RM1.51 bilion, daripada 880.34 juta saham bernilai RM1.38 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan ACE Market menokok kepada 258.38 juta saham bernilai RM49.95 juta, daripada 160.06 juta unit bernilai RM33.97 juta.

Waran meningkat kepada 241.3 juta unit bernilai RM34.27 juta daripada 185.70 juta saham bernilai RM27.81 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 35.24 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (198.67 juta), pembinaan (53.88 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (593.68 juta), teknologi (101.65 juta), prasarana (10.16 juta), SPAC (15.51 juta), kewangan (43.01 juta), hotel (1.01 juta), hartanah (39.85 juta), perladanga­n (9.93 juta), perlombong­an (sifar), REITS (6.41 juta) dan dana tertutup (sifar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia