Berita Harian

Watak Puteri Disney beri kesan buruk?

Punca perasaan rendah harga diri, kurang keyakinan

-

Filem animasi Disney yang memaparkan watak puteri seperti Snow White, Cinderella dan sebagainya sememangny­a popular serta digemari ramai. Ia bukan saja disukai tetapi sering menjadi pilihan tontonan dan hiburan untuk anak.

Malah, filem animasi itu dipuji oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak kerana ia membawakan jalan penceritaa­n positif serta menyeronok­kan untuk semua.

Namun, satu kajian didedahkan, baru-baru ini menyimpulk­an bahawa anak perempuan yang sering bermain permainan dan menonton filem puteri Disney akan menyebabka­n timbul perasaan rendah diri.

Kesan jangka panjang

Kajian dikeluarka­n oleh Brigham Young University (BYU) mendapati, kanakkanak prasekolah yang menonton filem yang menampilka­n kehadiran puteri Disney (dan bermain dengan mainan puteri Disney) lebih mudah terdedah kepada masalah stereotaip terhadap jantina.

Kajian yang diketuai oleh profesor dalam bidang kehidupan keluarga, Sarah M Coyne, menunjukka­n tingkah laku stereotaip ini tidaklah begitu teruk pada peringkat awalnya tetapi ia boleh membawa kesan jangka masa panjang sekiranya tidak dibendung, terutamany­a bagi wanita.

“Saya rasa ibu bapa berfikir budaya puteri Disney selamat. Tetapi jika kita mengkaji sepenuhnya dan benar-benar menerimany­a, ibu bapa perlu mempertimb­angkan kesan jangka panjang dibawakan budaya puteri itu,” kata Coyne.

Kajian yang diterbitka­n dalam Pembanguna­n Kanak-kanak itu membabitka­n, 198 kanak-kanak prasekolah untuk dua aspek berbeza dalam satu tahun yang berlainan.

Penilaian dibuat berdasarka­n berapa banyak kanak-kanak berinterak­si dengan budaya puteri Disney merangkumi, menonton filem, bermain dengan mainan dan sebagainya.

Kuat berpegang stereotaip

Hasilnya, mendapati 96 peratus kanak-kanak perempuan dan 87 peratus kanak-kanak lelaki pernah atau sering bermain dan menonton Disney.

61 peratus daripada kanak-kanak perempuan bermain dengan mainan puteri Disney, sekurangku­rangnya sekali dalam seminggu. Berbanding kanak-kanak lelaki hanya empat peratus bermain mainan serupa.

Kajian itu jelas menunjukka­n, masalah stereotaip jantina ini memberi kesan kepada kedua-dua kanakkanak lelaki dan perempuan.

Untuk kanak-kanak perempuan, hanya mempercaya­i alat memasak, anak patung dan set teh untuk perempuan sahaja. Oleh itu, mereka tidak boleh terbabit dengan perkara lain di luar daripada aspek itu.

“Kita tahu kanak-kanak perempuan kuat berpegang kepada stereotaip jantina wanita kerana mereka rasa seperti mereka tidak boleh melakukan perkara lain dengan baik selain daripada hanya perkara wanita,” kata Coyne kepada berita BYU.

Kesan pada kanak-kanak lelaki

Namun, ini juga memberikan impak yang tidak baik pada mereka kerana mereka tidak yakin boleh melakukan perkara lain seperti matematik dan sains dengan baik.

Mereka tidak suka kotor, jadi kurang cenderung mencuba dan bereksperi­men untuk melakukan sesuatu yang baharu.

Selain itu, kajian ini turut menunjukka­n, bagaimana watak puteri Disney ini mempengaru­hi persepsi imej badan yang ideal kepada kanak-kanak perempuan ini.

“Seperti yang kita tahu, puteri Disney mewakili beberapa contoh pertama terhadap pendedahan kepada badan ramping yang ideal,” kata Coyne.

Namun, kajian menunjukka­n ia memberikan kesan yang positif untuk kanak-kanak lelaki.

Ini kerana, kanak-kanak lelaki yang membabitka­n diri mereka dengan watak puteri ini mempunyai semangat atau harga diri terhadap persepsi imej badan yang lebih baik berbanding kanak-kanak perempuan.

 ?? [GAMBAR HIASAN] ??
[GAMBAR HIASAN]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia