Berita Harian

Berhijrah ke Istanbul cari pengalaman

Mohd Khalid bawa isteri dan anak terokai pakej pelanconga­n di Turki

-

Berhijrahk­eluar negara ketika usia muda dan membawa isteri serta anak kecil bukan suatu perkara mudah.

Apatah lagi dengan ketiadaan ahli keluarga mahupun saudara mara segala-galanya perlu tabah melalui liku kehidupan.

Bagi Mohd Khalid Mohd Pattali, 32, itu bukan masalah ketika mengambil keputusan berhijrah ke Istanbul, Turki kerana yakin ada kebaikan tersendiri.

Mohd Khalid berkata, sebelum itu beliau dua kali ke Syria untuk mengikuti misi bantuan kemanusiaa­n.

Kunjungan itu membuka matanya melihat keindahan di Istanbul, iaitu negara moden yang kaya dengan sejarah kegemilang­an Islam.

“Istanbul mempunyai muka bumi yang sangat cantik dan unik seperti Pamukkale, Cappadocia, Trabzon dan Fethiye. Ketika berkunjung ke situ, saya mendapat tahu daripada pelajar Malaysia, ramai pelancong dari negara kita datang tetapi tidak ramai rakyat Malaysia di sini (Turki) yang menyediaka­n perkhidmat­an ‘ground handling’.

“Saya teruja untuk mencuba dan meneroka sesuatu yang baharu menerusi pakej pelanconga­n ke Turki untuk pelancong Malaysia,” katanya yang kini sudah tiga tahun menetap di sana.

Luahkan hasrat

Mohd Khalid yang dulunya menceburi dunia penyiaran berkata, beliau meluahkan hasrat berhijrah ke negara terbabit pada keluarga dan mereka tidak membantah sebaliknya memberi menyokong tindakanny­a kerana mahu mencari pengalaman di tempat baru.

“Saya dapat semangat apabila semua menyokong cadangan itu. Persediaan fizikal dan mental perlu kuat kerana saya tahu semuanya tidak akan sama dengan Malaysia dan cabarannya pasti ada,” katanya.

Ketika berhijrah beliau dikurniaka­n seorang cahaya mata lelaki berusia empat bulan dan pastinya, ia satu suasana berbeza untuk keluargany­a.

Namun, Mohd Khalid nekad dengan keputusann­ya, apatah lagi isteri, Hanis Farhana Zahrin, 27, tidak membantah.

Buat persediaan

Mohd Khalid berkata, apabila keputusan itu diambil, beliau tahu di sana dia tidak dijanjikan sebarang pekerjaan tetap. Persediaan seperti duit simpanan dalam tempoh tiga bulan, ubatan dan baju sejuk disediakan.

“Tetapi Alhamdulil­lah, ketika sampai di Istanbul pada 2013, cuaca memang sejuk tetapi anak isteri saya dapat menyesuaik­an diri. Genap sebulan menetap di sana, saya terus mendapat peluang pekerjaan dengan membawa pelancong dari Malaysia dan isteri pula menjalanka­n perniagaan tudung Turki secara kecil-kecilan.

“Terima kasih kepada

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia