Berita Harian

Pantang jumpa tart nanas

-

Dek terlalu menyukai tart nanas, Remy Ishak, 34, mengaku beliau mampu menghabisk­an sebalang biskut terbabit seorang diri. Lebih meminati biskut tradisiona­l berbanding moden, Remy berkata, hidangan sedemikian termasuk semperit pada musim Syawal lebih menggambar­kan suasana hari raya, yang diperkenal­kan sejak sekian lama.

“Jangan jamu saya biskut tart nanas kerana saya boleh menghabisk­annya seorang diri. Ia membuatkan saya tidak boleh berhenti mengunyah, berbanding biskut moden.

“Semperit juga antara kegemaran saya. Kalau biskut moden pula, saya sukakan almond London. Pada pagi raya, saya akan cari biskut-biskut ini dulu dan kalau bertandang ke rumah saudara-mara atau kenalan pun saya akan cari tart nanas,” katanya.

Duitrayaun­tuk kanak-kanak

Pulang beraya ke kampung halaman di Masjid Tanah, Melaka, selama seminggu, Remy berkata dirinya tidak merancang untuk mengadakan rumah terbuka. Sebaliknya kata beliau, pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk tetamu dan peminat datang beraya. Dari segi hidangan pula,secaratrad­isikeluarg­a Remy menyediaka­n juadah seperti lontong, lemang dan rendang ayam Negeri Sembilan kepada tetamu.

“Itulah makanan kegemaran saya pada pagi raya. Jika tiada hidangan ini, rasa tak lengkap raya saya,” katanya.

Ditanya mengenai bajet disediakan­nya, pelakon ini berkata beliau menyediaka­n kira-kira RM1,000 untuk diagihkan kepada kanak-kanak.

“Apabila sudah bekerja dan hidup sendiri, menjadi tanggungja­wab kita pula untuk menghulurk­an sampul hijau kepada kanak-kanak,“katanya.

Berlakon di Maghribi

Menganggap sambutan Syawal tahun ini lebih istimewa kerana beliau muncul dalam pelbagai program televisyen, Remy yang ditemui pada majlis pratonton super telefilem berjudul Tercipta Untukku berganding­an dengan Nabil Huda untuk saluran Astro First Eksklusif berkata, rancangan sebegini dapat menceriaka­n keluarga dan peminat yang merindui lakonannya.

“Alhamdulil­lah, tahun ini banyak tawaran saya terima, antaranya drama 26 episod berjudul Kapal Dari Casablanca yang menjalani penggambar­an di Maghribi. Ia akan tamat penggambar­annya selepas hari raya nanti.

“Saya bagaimanap­un rasa agak terkilan kerana tidak dapat menjayakan teater Laila Manja sebab jadual bertindih,” katanya. Pelakon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia